Selasa, 8 Mac 2011

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita

'JANGAN BERSEDIH, SESUNGGUHNYA ALLAH SWT BERSAMA KITA!!'

Apabila kita asyik termenung memikirkan nasib diri di sini... merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan... namun, kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenarnya...

Ramai orang... tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta... dengan faktor kekayaan... Walaupun itu boleh jadi penyumbang tetapi itu bukan segala-galanya
Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar tidur di atas katil yang empuk tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk kadang-kadang dia lebih lena dari kita
Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat lauk-pauk yang bagus tetapi lidahnya tidak enak lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk... tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya Kata Hamka: "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"
Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar ada makanan yang sedap tentulah hidupnya bahagia dan tenang Belum tentu!

[Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah]

Jika Allah hendak memnberikan kebahagiaan kepada seseorang Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata dunia boleh berbuat apa-apa tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah
Apa yang orang rasa rugi Allah akan berikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tak sangka tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan
[Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah...]
Tuan-tuan tengoklah dunia ni kadang-kadang tuan-tuan manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya saya nak sebut tuan-tuan berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup? Cuba ingat! Ketika kita kena keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik
Ketika kita ditimpa musibah tertentu Kita kata: "habislah aku kali ni" tapi usia kita telah berjalan Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan Tuhan ini Ketika kita kata: "Ya Allah... tolonglah aku, Ya Allah... tolonglah aku, aku susah ya Allah" hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu dan kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur di atas pelbagai ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya
Orang-orang yang diberitahu kepada mereka "Nun, orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau" "Nun, orang nak ambil tindakan kepada hang" "Nun, orang nak ambil tindakan kepada kau" "Nun, ada orang nak bertindak kepada kau" Kata Allah: "iman dia tambah" Bukan kita kata: "pasal apalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?" Tidak, tidak! Kata Quran: "iman mereka bertambah" Mereka kata: حسبنا الله ونعم الوكيل" "Cukuplah bagi kami, Allah... Dialah sebaik-sebaik tempat diserahkan urusan" (آل عمران: 173)
[Pengalaman sering mematangkan kita] Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakkal Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb إني فَوَّضْتُ هذا الأمر إليك Ya Allah... aku serahkan urusan ini kepadaMu ya Allah

[Kita sering lupa, kita masih punya kehidupan di akhirat]
Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat dia akan merasakan dunia ini sangat kecil kehidupan ini sangat luas Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga Dia dimasukkan, dicelupkan masuk ke dalam syurga kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya: "Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?" Dia kata: "tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini" Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini Segala yang nikmat, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka lalu dikeluarkan dia "Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?" Dia kata: "tak! aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini" Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka Manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya
[Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?]
Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar
Satu hamba Allah yang patah kakinya yang dia tidak pernah pun sebut dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak Tapi apabila satu hari dia sakit kaki Dia kata: "Ya Allah... bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik" Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat Kata Hamka: "Yang ada ini sudah harapan kita" Yang kita ada ini harapan kita Tetapi insan... bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada tetapi jangan lupa yang telah ada

[Bersyukurlah wahai diri ini...] Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut Syukur kadang kala makamnya lebih tinggi daripada sabar Ramai orang terpaksa sabar tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur Bila dia susah nak kata apa? "Sabar je la, nak buat apa?" Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan syukur di atas nikmat اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلق فمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر "Ya Allah... apa saja yang aku alami daripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran. Subhanallah...!

Insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها : إبراهيم: 34
Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu Tuan-tuan... bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan kita akan rasa ma syaa Allah hidup ini apa yang Allah kurniakan kepada kita lebih dari harapan kita sebenarnya Kalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan tempat tuan-tuan dilahirkan rumah tuan-tuan dilahirkan sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari ini Ma syaa Allah...! Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu

[Firman Allah yang bermaksud:]
"Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia ketika dia salah seorang dari dua, dia dan Abu Bakar yakni Nabi dan Abu Bakar Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah) Ketika dia berkata kepada sahabatnya
لا تحزن إن الله معنا "Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita" (التوبة: 40)


[Petikan dari ceramah: Mencari Sakinah, Dr. MAZA, 1 Nov 2009]

Khamis, 3 Mac 2011

takirah hari ini....

4 perkara yang Terlebih Baik. Nabi SAW bersabda, ada 4 perkara yang dipandang baik tetapi terlebih baik : 
1. Sifat malu pada lelaki adalah baik, tetapi terbaik jika sifat tersebut terdapat pada wanita 
2. Keadilan adalah sifat yang baik pada setiap orang, tetapi sifat tersebut terlebih baik jika terdapat pada seorang pemimpin. 
3. Taubat seorang yang sudah tua adalah baik, tetapi taubat seorang pemuda adalah terlebih baik. 
4. Derma dari seorang jutawan adalah baik, tetapi terlebih baik jika derma adalah dari seorang yang fakir. 
petikan: 1001 Feqh Nasihah

Selasa, 1 Mac 2011

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI: SEMUA ITU HANYA ALASAN !

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI: SEMUA ITU HANYA ALASAN !: "Saat tubuh segar bugar, Dihiasi busana berkilauan, Jejaka menatap, bergetar keimanan, Walau gaya potongan menidakkan suruhan TUHAN, Dek men..."

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI: ANAKKU, CERMIN-CERMIN DIRIMU

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI: ANAKKU, CERMIN-CERMIN DIRIMU: "Bila berdiri ketinggiannya sudah menyamai ketinggian saya. Baju-baju saya juga, sudah banyak yang muat dan tersarung elok ke tubuhnya. Bany..."

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI: HATI YANG PALING INDAH

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI: HATI YANG PALING INDAH: "Sehingga saat ini, saya masih termenung panjang tatkala mengulang baca sebuah sajak yang baru saya siarkan dua hari yang lalu. CINTA 100%...."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...