Jumaat, 26 Oktober 2012

CORETAN DI PAGI AIDILADHA…


BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


[101]Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.

[102]Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.

[103]Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),

[104]Serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim!

[105]“Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

[106]Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;

[107]Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;

[108]Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:

[109]“Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!”.

[110]Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

[111]Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.

[112]Dan Kami pula berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh.


                2 khutbah pada hari yang sama pada hari aidiladha di tempat yang berbeza…

Khutbah hari raya aidiladha pada paginya menceritakan akan 2 perihal.. yang pertama supaya menerima islam secara keseluruhan tanpa ad yang meninggal walau sedikit pun..ia lebih berkaitan dengan iman kepada seluruhnya..
                Pada perihal yang kedua adalah mengenai daripada surah as-soffat mencerita kan berkenaan nabi ismail anak kepada nabi ibrahin as yang menyerah diri supaya dikorbankan diatas suruhan allah..apabila berbicara mengenai korban banyak yang ingin dibicarakan dari pelbagai aspek. Antaranya adalah dari aspek yang terbesar adalah aspek keimanan.. coretan daripada kuliah dr syafie pada hari selasa sebelum adiladha menceritakan berkenaan keimanan ibadat korban dan pengorbanan yang dibuat oleh nabi Ibrahim as dan nabi ismail as.
                Dari aspek ini dapat dilihat bahawa keimanan 2 nabi ini terhadap suruhan allah dan penyerahan total atau bulat2 daripada kekasih allah ini kepada tuhan yang maha agung. Dari sudut ini pengorbanan seorang hamba kepada tuhannya adalah sangat diperlukan dalam islam, tetapi pengorbanan yang dibawa oleh islam sangat berlainan dalam menyatakan berkenaan dengan ibadat korban.
                Dari aspek yang kedua adalah keimanan, jika dilihat daripda kisah ini bahawa menunjukkan keimanan yang teguh dan sabar dalam menjalankan suruhan allah..ini dapat dilihat daripada kata-kata nabi ismail semasa ditanya oleh nabi Ibrahim “jalankanlah apa yang disuruh dan engkau akan dapati aku dikalangan orang-orang yang sabar”. Ini menunjukkan setiap suruhan yang dituruti mesti sabar apabila menjalankannya.
                Moga setiap kisah pengorbanan yang dijalankan sabar dalam menuturuti arahan daripada allah.. berbalik daripada hadis berkenaaan islam, iman dan ihsan, yang ingin di highlight adalah maksud ihsan apabila ditanya apa itu ihsan, baginda menjawab “apabila kamu beribadat seperti kamu melihat allah, jikalau tidak yakinilah bahawa allah melihat kamu”.
                SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA, MOGA KALIAN DILIMPAHI RAHMAT DIATAS PENGORBANAN DAN KEMULIAAN HARI INI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...