Jumaat, 25 Januari 2013

Ya allah ampunkan daku....

Deceritakan semasa zaman Nabi Musa Alaihissalam...

seorang hamba telah membunuh 99 orang, dan akhir sekali jiwanya mula merasa sesal. akhirnya sebagai jalan penyelasaian hamba tersebut berjumpa dengan seorang alim dan bertanya bagaimana untuk bertaubat "wahai orang alim, aku telah membunuh 99 orang dan aku mula merasa sesal dan aku ingin bertaubat, bagaimana aku ingin bertaubat?" jawab orang alim tersebut "engkau tidak akan diterima taubatmu oleh allah kerana dosa engkau yang begitu besar", akhirnya hamba tersebut membunuh orang alim tersebut. maka cukuplah 100 orang orang yang dibunuh.

dijumpa orang alim yang kedua akan mengadu perihal yang dilakukan, maka dijawab oleh orang alim tersebut "allah itu maha taubat, bertaubatlah kamu kepada allah, nescaya allah akan mengampuni engkau, akan tetapi engkau mesti bermusafir meninggalkan tempat ini dan pergi kepada tempat yang lebih baik"

akhirnya hamba tersebut mengambil keputusan untuk bermusafir, dengan takdir allah hamba tersebut mati di pertengahan jalan,

akhirnya para malaikat bergaduh untuk membawa roh hamba tersebut ke syurga ataupun ke neraka, dan akhirnya diperhitung akan kedudukan jarak musafir tersebut, dengan takdir allah dan pertolongan dari bumi, allah melebarkan lagi jarak bumi tersebut kearah tempat yang ditujuinya, maka akhirnya roh hamba tersebut dibawa ke syurga.. 

sayyidul istigfar

antara hikmat doa dan taubat sangat dasyat untuk diungkap, "doa senjata mukmin dan tiang agama, cahaya dari langit"(HR AT-TARMIZI) berdoalah kamu semua, semoga dimakbul akan segala hajat kamu.. sebaik-baik doa adalah kamu menyucikan hati dari segala dosa dan maksiat.


Isnin, 21 Januari 2013

kebahagian seorang muslimah...




Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

SEBUAH CORETAN DI MALAM HARI..




Menyulam Cinta Menuju Ke Gerbang Perkahwinan...part 2



Sudah beberapa hari ku melihat akan banner dikusi buku oleh Syekh Rohimuddin, akan tetapi apabila sudah menyebut rezeki maka ia tak akan kemana...

Sedang berehat-rehat...

Arif : malam ni program last syekh rohimuddin, best tu, rasa nak kawin je...
Muaz : pas kuar tadi memang rase nak kawin je, syekh td cite cam suh kawin je” dengan nada bersemangat
Arif : kate sykh tadi, harus berSMS dengan bakal zaujah bertanyakan khabar dan mengucapkan kata-kata untuk menyatakan kesetiaan dan merangsang kepada di percepatkan perkahwinan dengan syarat.
Aku : malam ni ad lagi kan?jom g malam ni...

Aq terdetik di dalam hati...

Amat penting untuk ku hadiri malam tersebut, dengan fatrah umurku yang semakin hari semakin meningkat yang semestinya dengan fitrah manusia aku ingni meminang seorang bidadari untuk dijadikan pendamping sehingga ke syurga..

“ya allah,ampunlah dosa ku, ibu bapaku, adikku seluruh ahli keluargaku, sahabat-sahabatku, dan seluruh muslimin dan muslimat”
“ya allah engkau ampunkan dosanya juga allah, ampunkanlah keluarganya, permudahkan urusan kami, lapangkanlah hati kedua orang tua kami diatas urusan kami, jadiakan ia isteri yang solehah, ibu mithali, ibu yang melahirkan anak-anak pemimpin agama masa hadapan”

Itulah antara intipati doa yang sentiasa ku lintasi didalam hati setiap kali berdoa..
To be continue....

Sabtu, 19 Januari 2013

Mencari Pakian Muslimah Dan Aksesori Wanita Trendy?

Zahra Style Collection








 
 

Klik Sini : http://tinyurl.com/kul7ttw
Zahra Style Colecction

Jumaat, 18 Januari 2013

SEBUAH CORETAN DI MALAM HARI..




Menyulam Cinta Menuju Ke Gerbang Perkahwinan...part 1

Alhamdulillah berkesempatan walaupun hanya sedetik yang mampu dukutip mutiara hikmah tetapi memberi seribu inspirasi buat di kemudian hari..

Hari ini telah selamat sampai daripada kampung halaman ke taman-taman syurga yang diatas beberapa faktor yang perlu disiapkan, dengan berkenderaan yang membawa seribu pengalaman CBX3965 modenas kriss yang kutempuhi penuh ranjau berduri selama hampir 10jam akhirnya smpai sekitar 4.32 petang dari 7 pagi.

Pengalaman hari sepanjang perjalanan yang ditempuhi yang paling ku ingati adalah hujan sepanjang perjalanan yang akhirnya terpaksa memakan masa yang begitu lama untuk ditunggu redanya hujan. 

Pengajaran disini walaubagaimanapun rintangan dan ranjau kehidupan semestinya bermatlamat dan bertujuan dan akhirnya bersabar dalam ranjau kehidupan yang akhirnya menjadi penentu kepada kejayaan mahupun kegagalan seseorang. Pengalaman ini juga sama pada ketika kami bersama menyertai program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri kelantan sebelum kami melanjutkan pengajian ke IPTA sekitar 2010 ya’ni ekpedisi mendaki gunung stong jeli kelantan.

Tidak kulupa juga sementara menunggu hujan reda, aku menyempatkan diri untuk berdoa kepada insan-insan yang kusayangi bak orang kata “semasa hujan, pintu langit terbuka, doa senang makbul”, mohon insan-insan yang kusanyangi bermuala umi dan abah yang sentiasa ku panjatkan setiap kali ku berdoa kehadrat ilahi sehinggalah seluruh muslimin dan muslimat. Antara yang terpenting dalam doaku kepada ilahi kepada si dia sentiasa dalam rahmat allah, permudahkan urusan diantara kami amin. Masih lagi berpegang denga hadis nabi “doa adalah senjata mukmin” yang sentiasa menjadi pedoman dan tunjuk arah sebelum menyerahkan kepada yang maha esa.

Sedang asyik menoleh ke kiri dan ke kanan, melihat ombak yang begitu besar dan ketika itupun hari yang mendung, hujan yang tidak menentu sepanjang perbatasan pantai yang memungkin apa sahaja yang akan berlaku akibat ombak yang besar. Mungkinkah ini yang cebisan ujian allah yang menunjukkan kekuasaannya.

Moga ini sahaja yang mampu dikongsi untuk pagi ini...wassalam...

Raihan - Ya Rasulullah

sempena bulan kelahiran nabi marilah sama-sama kita bermuhasabah akan ingatan kita terhadap baginda..
terimalah daripada kami buat yang tersayang...


Alangkah indahnya hidup iniAndai dapat kutatap wajahmuKan pasti mengalir air matakuKerna pancaran ketenanganmu
Alangkah indahnya hidup iniAndai dapat kukucup tanganmuMoga mengalir keberkatan dalam dirikuUntuk mengikut jejak langkahmu
Ya rasulullah ya habiballahTak pernah kutatap wajahmuYa rasulullah ya habiballahKami rindu padamuAllahumma solli ala MuhammadYa rabbi solli alaihi wasallim ( 2x )
Alangkah indahnya hidup iniAndai dapat kudakap dirimuTiada kata yang dapat aku ucapkanHanya Tuhan saja yang tahu
Kutahu cintamu kepada umatUmati kutahu bimbangnya kau tentang kamiSyafaatkan kamiAlangkah indahnya hidup iniAndai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air matakuKerna pancaran ketenanganmuYa rasulullah ya habiballahTerimalah kami sebagai umatmuYa rasulullah ya habiballahKurniakanlah syafaatmu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...