Sabtu, 27 November 2010

Hari yang berlalu biarkan, usahakan hari ini untuk hari esok…


Kata Dr Aidh Abdullah Al-Alqrni “yang berlalu biarlah berlalu, hari ini milik anda, masa depan akan datang dengan sendirinya” Itulah kata-kata seorang ulamak dalam bukunya “la Tahzan”. Kata-katanya cukup memberi inspirasi kepada kita bagi yang sedang melalui hari-hari yang begitu memeritkan, bagi yang merka yang sedang dilanda kegelisahan mahupun kesusahan ingat lah kata-kata ini “orang yang hari ini lebih baik dari semalam adalah orang yang beruntung, orang yang hari ini sama dengan hari semalam adalah orang yang malang, dan orang yang hari ini lebih buruk dari semalam adalah celaka” (athar). Ini menunjukkan kepada kita bahawa hidup mestilah dirangcang dengan rapi supay kita dapat dikatogorikan sebagai orang yang beruntung.

Teringat satu peristiwa yang cukup memberi pelajaran kepadaku, seorang sahabatku, seorang yang biasa tapi hidup,penuh dengan perangcangan hidup, melalui hidup-hidup yang tenang serta dalam keadaan senyum. Satu ketika saya melihatnya pada suatu pagi dia mengeluarkan dairi peribadinya, saya bertanya “adam, tulis apa dalam dairi?” katenye “xde tulis pape sangat, saja-saja buat plan hari ni” patutlah saya melihatnya sentiasa tenang dalam setiap pekerjaan, sume hasil yang dibuat menjadi malah member impak yang begitu besar kepada apa yang dibuat.

Jadi hari yang berlalu biarkan ia pergi tanpa rasa kesedihan dan jadikan ia sebagai sejarah yang tidak berulang, usahakan hari ini supaya ia cukup sempurna tanpa perlu menunggu hari esok, buatlah perancangan untuk hari esok supaya hari ini lebih baik dari semalam dan kita semua termasuk dikalangan orang-orang yang beruntung.


#BIAH SOLEH DAN SOLEHAH KEHIDUPAN SEMUA#(^-^)
Insan yang lemah...
Ibnumuborak990.blogspot.com

Khamis, 25 November 2010

Malu itu pakaianya…




Suatu ketika, sedang kami berjalan di Bandar kuala terangganu, kami terlihat seorang muslimah, allah bagi kelebihan dari segi rupa yang cantik Alhamdulillah! (semua muslimah itu cantik) Kami memuji akan kecantikkan rupa parasnya, tetapi ada satu kesilapan yang mungkin muslimah tersebut tidak menyedari atau tidak tahu apa yang sebetulnya ia lakukan.

Pada ketika itu kami teringat stau sesi kuliah di universiti kami subjek Ilmu Wahyu dan Kemasyrakatan (IWK) bertajuk pakaian dalam islam, pensyarah kami memberikan definisi tentang pakaian dalam islam yang cukup mudah bagi kami untuk memahami tanpa perlu bertanya, katanya (ustaz Tarmizi Taha) “kalu nak berpakaian bagi lelaki atau perempuan syaratnya cukup mudah, 

1.menutup aurat.

2.tidak menampakkan bentuk badan.

3.tidak menimbulkan fitnah.

4.tidak menyamai dengan pakaian rasmi agama selain islam (budaya tidak termasuk) tidak menyerupai pakaian khusus jantina lain.

5.idak menyamai pakaian rasmi penjahat.

6.pakaian yang dibuat daripada bahan yang bersih dan halal”.

Bagiku seorang perempuan adalah mulia, jikalu tiada perempuan apalah gunanya lelaki, saling melengkapi diantara satu sama lain, yang paling berharga bagiku adalah “syurga di telapak kaki ibu”, jikalau tiada umi, anak lelaki tiada tempat untuk mengadu, bercerita, meluahkan perasaan, semuanya umi, balik-balik mesti umi. Memang harga seorang muslimah itu terlalu mahal, sehingga diibaratkan seperti “permata yang berada didalam balang kaca, hanya orang yang mampu sahaja boleh memiliki” itulah berharganya seorang perempuan. Sebab itu islam terlalu menjaga seorang mulimah yang terlau mahal dengan pakaiannya, akhlaknya, dan sebagainya. Betullah satu ibarat “wanita itu perhiasan dunia, sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”. Begitulah apa yang kami belajar dalam IWK bertajuk wanita dalam islam.

Tetapi adakah sudah cukup dengan berpakaian telah menampakkan ciri-ciri seorang muslim samaada lelaki mahupun perempuan, islam itu lengkap dan cantik. Islam merangkumi ibadah, akhlak dan akidah dan semua itu sudah mencukupi untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Malu itu pakaian setiap muslim, jika tiada malu maka manusia akan berbuat apa yang dia suka.

#BIAH SOLEH DAN SOLEHAH KEHIDUPAN SEMUA#
(^-^)

Insan yang lemah
Ibnumuborak990.blogspot.com

Rabu, 24 November 2010

Shahdu suatu malam…


Ya allah..

Tiba-tiba ku merasakan kesunyian, ku merasakan aku memerlukan teman, aku merasakan pada saat itu aku perlu untuk berbicara denganm-Mu..
Ya allah..

Pada malam itu aku terasa aku perlu berbicara dengan-MU kerana engkau tempat aku mengadu.
Ya allah..

Hatiku secara tiba-tiba dilanda gundah gulana dan memikirkan sesuatu supaya aku dapat menenangkan semula hati yang gundah gulana ini.
Ya allah..

Aku merayu pada-MU dengan seikhlas hati, engkau permudahkanlah segala urusan ku.
Ya allah..

Kerana aku cintakan mu, aku bermunajat kepada-MU.
Ya allah..

Hanya engkaulah tempat aku meminta pertolongan dan hanya engkaulah tempat aku mengadu
.
اللهم لا سهل الا ما جعلته سهل , وأنت تجعل الحزنى شىءت سهل....

Insan yang lemah…
Ibnu_muborak990@blogspot.com

Jumaat, 19 November 2010

Surat Seorang Ibu.... sama-sama kita renungkan klip video ini...

Berlapang dadalah kamu terhadap orang lain…


Diceritakan bahawa ada seorng lelaki yang tidak pernah berbuat baik, tatapi dia hanya suka member hutang kepada orang lain, apabila si lelaki itu menyuruh hamba tersebut pergu mengutip hutang dia selalu berpesan kepada hamba tersebut “ambilah berapa yang disimpan, jangan menyusahkan orang lain dan sentiasa memaafkan orang lain,mudah-mudahan allah mengampuni kita…

Pada suatu hari si lelaki tersebut meninggal dunia, apabila dia disoal oleh allah, dengan jujurnya dia menjawab “aku tidak pernah membuat sebarang kebaikan kecuali, setiap kali aku menyuruh pembantuku pergi mengutip hutang aku berpesan supaya mengambil berapa yang disimpan, jangan menyusahkan orang lain dan sentiasa memaafkan orang lain,mudah-mudahan allah mengampuni kita”, maka allah menjawab “cukuplah.aku telah mengampuni mu”. (dipetik dari 101 kisah & pengajaran quran, hadis & hayatus sahabah, ust zahazan mohamed)

Pengajaran : pada hari ini adakan kita berlapang dada dengan orang disekekiling kita, bercakap dengan perkataan dan bahasa yang baik dan yang paling penting adalah bersangka baik terhadap orang lain. Sebagai contoh apabila memandu kita sering kali mendengar sumpah atau celaan apabila pemandu lain membuat kesalahan yang menyebabkan kita tidak selesa dengan tindakkannya..maka dari kisah ini sama-sama kita bermuhasabah dri yang lemah dan mengambil ibrah dari cerita ini… اللهم الجعلني في قلبي نور..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...