Selasa, 9 Ogos 2011

Baju Perang Saidina Ali www.murabbi.net Dihantar Oleh : RuMaH TuA

Suatu hari setelah tamat satu peperangan, Khalifah Ali r.a meletakkan baju perangnya di depan rumah. Beliau ingin membersihkan baju perang itu sebelum disimpan. Khalifah Ali r.a melakukannya sendiri walaupun puteranya Hasan menyuarakan hasrat untuk membantu. Seketika Khalifah Ali r.a mendapati baju perangnya hilang sebelum sempat membersihkannya. Khalifah Ali r.a berasa hairan dan bertanya kepada ahli keluarganya. Barangkali mereka tahu di mana baju perangnya. Namun demikian, tiada s eorang dari anggota keluarganya yang mengetahui hal tersebut. Malah, mereka berasa kehairanan.


Beberapa hari kemudian khalifah Ali r.a melihat baju perangnya tergantung disebuah pasar milik seorang Yahudi. Beliau pun menghampiri orang Yahudi itu dan bertanya perihal baju perangnya. Namun demikian, orang yahudi tersebut menafikan baju perang itu milik Khalifah Ali r.a, malah mengakui baju perang itu adalah miliknya. Khalifah Ali r.a berasa amat yakin yang baju perang itu adalah miliknya. Beliau berasa tidak puas hati lalu mengadukan masalah ini kepada Qhadi.


Setelah beberapa hari , kes tersebut dibawa ke muka pengadilan. Khalifah Ali r.a bertindak sebagai pendakwa dan oran tersebut sebagao orang yang didakwa. Orang Yahudi itu tampil ke tempat pengadilan dengan perasaan rahu – ragu. Dia yakin bahawa dia tidak akan memenangi kes ini. Dia berpendapat demikian kerana ini adalah pengadilan muslim dengan Qhadi mualim. Tambahan pula, dia berhadapan dengan kes yang melibatkan Amirul Mukminin, sedangkan dia hanyalah seorang yahudi yang miskin. Sudah pasti dia akan menerima hukuman yang keras. Walaupun dia tahu perbuatannya mencuri baju perang Khalifah Ali r.a adalah salah, namun dia melakukannya kerana terpaksa. Dia perlu menyara keluarganya yang kelaparan. Apakah akan wujud keadilan di ruang pengadilan muslim?


Sejurus kemudian, seorang Qhadi kurus dilihat memasuki tempat pengadilan. Semua pegawai dan hadirin yang berada dalam dewan tersebut kelihatan menghormatinya. Tanpa melengahkan masa, Qhadi tersebut memulakan persidangan. Beliau bertanya kepada Khalifah Ali r.a. “ wahai Khalifah apa yang anda tuntut dari yang diakwa?” Khalifah Ali r.a pun lalu menceritakan tentang baju perangnya yang hilang dan baju tersebut telah diambil oleh Yahudi yang didakwa.


Namun demikian, Qhadi terus bertanya. “ Wahai Khalifah, adakah engkau dapat membuktikan dakwaan yang baju perang yang ada di tangan yang didakwa itu adalah milik engkau?”


Tersentak dengan pertanyaan Qhadi, Khalifah Ali r.a terus termenung dan berasa sukar untuk membuktikannya. Lalu Khalifah Ali r.a berkata, “aku tidak mampu membuktikannya wahai Qhadi yang bijak. Namun, anakku Hasan mengetahui bahawa baju perang itu adalah milikku dan ia hilang ketika aku meletakkannya untuk dibersihkan.”


Namun begitu, tuan Qhadi yang berwibawa itu menolak sebarang saksi dari kalangan pihak keluarga. Qhadi yang bijak tadi terus memutuskan kes tersebut dimenangi oleh Yahudi kerana Khalifah Ali r.a tidak dapat membuktikan dakwaannya.


Orang Yahudi itu tersentak mendengarkan keputusan Qhadi yang kurus tadi. Dia langsung tidak menyangka bahawa dia akan menang kes ini di ruang pengadilan muslim. Padahal, sememangnya dialah yang mencuri baju perang milik Khalifah Ali r.a itu.


Akhirnya, dengan rasa bersalah dan rendah diri lalu dia menghampiri Khalifah Ali r.a “wahai Khalifah, sesungguhnya baju perang ini adalah milikmu,” katanya. “ambillah ia kembali. Aku berasa sungguh terharu dengan pengadilan ini. Pengadilan ini langsung tidak memandang status walaupun aku seorang Yahudi miskin dan engaku adalah seorang Amirul Mukminin. Aku langsung tidak menyangka ia akan dimenangi oleh aku. Pengadilan muslim ini adalah pengadilan yang sangat luar biasa. Ternyata dalam Islam ia tidak memandang perbezaan taraf di dalam ruang pengadilan”.


Orang Yahudi tadi terus menyambung bicara. “wahai Khalifah Ali, mulai saat ini aku akan memeluk Islam dan aku ingin menjadi seoarang muslim yang baik,” katanya dengan rasa insaf sambil menghulurkan baju perang kepada Khalifah Ali r.a.


Khalifah Ali r.a menolak baju perang tersebut. “wahai Fulan, kau ambillah kembali baju perang ini. Aku hadiahkan kepadamu. Aku gembira dengan keislamanmu,” kata Khalifah Ali r.a dengan bersemangat. Orang Yahudi tadi berasa amat gembira. Akhirnya, mereka pulang dari tempat pengadilan dengan perasaan puas.

10 Keutamaan Orang Yang Berpuasa

Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki mengatakan orang yang berpuasa mempunyai 10 keutamaan yang diberikan Allah, di antaranya ialah :


Pertama, Allah memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di surga yang dinamai Al Rayyan. Pintu surga Al Rayyan ini hanya disediakan bagi umat yang berpuasa.


Kata Nabi dalam satu haditsnya, pintu Rayyan hanya diperuntukkan bagi orang-orang berpuasa, bukan untuk lainnya. Bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh seluruh rombongan ahli puasa Ramadhan, maka tak ada lagi yang boleh masuk ke dalamnya. (HR. Ahmad dan Bukhari-Muslim).


Kedua, Allah telah mengfungsikan puasa umat Nabi Muhammad saw sebagai benteng yang kukuh dari siksa api neraka sekaligus tirai penghalang dari godaan hawa nafsu.


Dalam hal ini Rasul bersabda, “Puasa (Ramadhan) merupakan perisai dan benteng yang kukuh dari siksa api neraka.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqi). Rasul menambahkan pula bahawa puasa yang berfungsi sebagai perisai itu layaknya perisai dalam kancah peperangan selama tidak dinodai oleh kedustaan dan pergunjingan. (HR. Ahmad, An Nasa`i, dan Ibnu Majah).

Ketiga, Allah memberikan keistimewaan kepada ahli puasa dengan menjadikan bau mulutnya itu lebih harum dari minyak misik.


Sehingga Rasul bertutur demikian, “Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih semerbak di sisi Allah dari bau minyak misik.”


Keempat, Allah memberikan dua kebahagiaan bagi ahli puasa yaitu bahagia saat berbuka dan pada saat bertemu dengan Allah kelak. Orang yang berpuasa dalam santapan bukanya meluapkan rasa syukurnya dimana bersyukur termasuk salah satu ibadah dan dzikir. Syukur yang terungkap dalam kebahagiaan kerana telah diberi kemampuan oleh Allah untuk menyempurnakan puasa di hari tersebut sekaligus berbahagia atas janji pahala yang besar dari-Nya.


“Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan. Yaitu berbahagia kala berbuka dan kala bertemu Allah,”
kata Rasul dalam hadits riwayat imam Muslim.


Kelima, puasa telah dijadikan oleh Allah sebagai medan untuk menempa kesehatan dan kesembuhan dari beragam penyakit.


“Berpuasalah kalian, niscaya kalian akan sehat.” (HR. Ibnu Sunni dan Abu Nu`aim).


Abuya menegaskan bahawa rahasia kesehatan di balik ibadah puasa adalah bahawa puasa menempah tubuh kita untuk melumatkan racun-racun yang mengendap dalam tubuh dan mengosongkan materi-materi kotor lainnya dari dalam tubuh.


Menurut kerangka berpikir Abuya, puasa ialah fasilitas kesehatan bagi seorang hamba guna meningkatkan kadar ketaqwaan yang merupakan tujuan utama puasa itu sendiri.


“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Qs. Al Baqarah: 183).


Keenam, keutamaan berikutnya yang Allah berikan kepada ahli puasa adalah dengan menjauhkan wajahnya dari siksa api neraka. Matanya tak akan sampai melihat pawai arak-arakan neraka dalam bentuk apapun juga.


Rasul yang mulia berkata demikian, “Barangsiapa berpuasa satu hari demi di jalan Allah, dijauhkan wajahnya dari api neraka sebanyak (jarak) tujuh puluh musim.” (HR. Ahmad, Bukhari-Muslim, dan Nasa`i).


Ketujuh, dalam Al Quran Allah berfirman, “Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.” (Qs. At Taubah: 112).


Sebagian ulama ahli tafsir menerangkan bahawa orang –orang yang melawat (As Saihuun) pada ayat tersebut adalah orang yang berpuasa sebab mereka melakukan lawatan (kunjungan) ke Allah. Makna lawatan, tegas Abuya, di sini adalah bahawa puasa merupakan penyebab mereka (orang yang berpuasa) bisa sampai kepada Allah. Lawatan ke Allah ditandai dengan meninggalkan seluruh kebiasaan yang selama ini dilakoni (makan, minum, mendatangi istri di siang hari) serta menahan diri dari rasa lapar dan dahaga.


Sembari mengutip Al Quran pula, Abuya mencoba menganalisa surah Az Zumar ayat 10: “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” Kata Al Maliki, orang-orang yang bersabarlah maksudnya adalah orang yang berpuasa sebab puasa adalah nama lain dari sabar. Di saat berpuasalah, orang-orang yang bersabar (dalam beribadah puasa) memperoleh ganjaran dan pahala yang tak terhitung banyaknya dari Dzat Yang Maha Pemberi, Allah swt.


Kelapan, di saat puasa inilah Allah memberi keistemewaan dengan menjadikan segala aktifitas orang yang berpuasa sebagai ibadah dan ketaatan kepada-Nya. Kerananya, orang yang berpuasa dan ia meninggalkan ucapan yang tidak berguna (diam) adalah ibadah serta tidurnya dengan tujuan agar kuat dalam melaksanakan ketaatan di jalan-Nya juga ibadah. Dalam satu hadits riwayat Ibnu Mundih dinyatakan, “Diamnya orang yang berpuasa adalah tasbih, tidurnya merupakan ibadah, dan doanya akan dikabulkan, serta perbuatannya akan dilipatgandakan (pahalanya).”


Kesembilan, di antara cara yang Allah kenakan dalam memuliakan orang yang berpuasa, bahawa Allah menjadikan orang yang memberi makan berbuka puasa pahalanya sama persis dengan orang yang berpuasa itu sendiri meski dengan sepotong roti atau seteguk air. Dalam satu riwayat Nabi bertutur seseorang yang memberi makan orang yang puasa dari hasil yang halal, akan dimintakan ampunan oleh malaikat pada malam-malam Ramadhan…… meski hanya seteguk air. (Hr. Abu Ya`la).


Kesepuluh, orang yang berbuka puasa dengan berjamaah demi melihat keagungan puasa, maka para malaikat akan bershalawat (memintakan ampunan) baginya.



Artikel Dipetik dari Blog Ustaz Nor Amin Sayani b Zainal: Link

Sabtu, 6 Ogos 2011

Boleh Jadi Usahawan HPA Ke?

Berat sungguh persoalan di atas kan? Mana tak nya,
memang susah nak jadi usahawan kan. Ramai yang nak
cari rezeki melalui perniagaan kerana 9/10 rezeki
datang daripada berniaga.


HPA menggunakan konsep perniagaan secara MLM
dan yang terjaminnya adalah sistem MLM yang di iktiraf
berlandaskan syarak.


Jika dahulu **NAME** perlu bekerja keras mencari orang. Apa yang
orang ramai lakukan adalah salah sebenarnya. Mencari orang
bukanlah perniagaan sebenarnya, tetapi SKIM CEPAT KAYA.


Berbeza dengan MLMS HPA, anda seharusnya menjual produk2 HPA.


Kena menjual la pula?


Ya **NAME**, jika tidak menjual produk atau perkhidmatan, perniagaan
apa namanya itu. Saya ulangi, itulah perniagaan SKIM CEPAT KAYA.


Jika SKIM CEPAT KAYA,
**  cari orang dapat duit
**  taja orang dapat duit.
**  produk **NAME** tolak tepi.

Tapi HPA, **NAME** memperkenalkan orang kepada keahlian HPA
dan kemudian mereka akan membeli produk setiap bulan.


**NAME** memperkenalkan sekali, tetapi mereka akan membeli produk
setiap bulan selama mana mereka suka. Mungkin 1 tahun, 5 tahun
atau 10 tahun. **NAME** telah membuat jualan kepada orang bawah selamanya.

Di situlah **NAME** menjual dan **NAME** sudah menjadi usahawan HPA.

Jika **NAME** mahu jadi usahawan HPA, hanya bayaran RM30 di kenakan.
Jangan risau, **NAME** tidak perlu bersusah payah menjadi usahawan
kerana kita akan menjalankannya secara online. Inilah usahawan internet.


Daftar segera di bawah
==> http://shahrulnizam.biz/hpa/index.php?ref=abdullah

Sekian saja e-mail saya. Dapatkan penerangan lebih lanjut
dalam e-mail akan datang.

ABDULLAH ZUBAIR
http://shahrulnizam.biz/hpa/index.php?ref=abdullah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...