Sabtu, 28 Mei 2011

Bagaimana Cara Menegur Seorang Kawan Yang Melakukan Mungkar




Salam kepada semua pengunjung blog ini, sesungguhnya tanpa sokongan anda dan redho Allah, blog ini belum tentu hidup sehingga sekarang ini. Segala persoalan yang telah dikemukakan dalam ruangan tanyalah ustaz atau mana-mana ruang yang disediakan, saya akan jawab terus di tempat pertanyaan atau saya akan memilih soalan-soalan yang penting untuk djawab dalam bentuk artikel. Saya harap anda semua dapat bersabar untuk menunggu jawapan saya. Maklumlah apabila bekerja dan ada rumah tangga, maka ada tanggungjawab yang perlu diutamakan, kerana ini merupakan amanah Allah kepada saya. Blog ini merupakan aktiviti sampingan dengan tujuan untuk membantu dan memberikan penerangan atau apa-apa artikel yang berkaitan dakwah Islam. Ini secara tidak langsung saya dapat menyampaikan dakwah Islam kepada semua dan sekaligus dapat melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang muslim.

Persoalan yang telah dikemukakan oleh seorang pengunjung (nama dirahsiakan) seperti berikut : “Bagaimana Hendak Menegur Seorang Kawan Yang Tidak Suka Bertudung?”

Hadis dari Abi Said Al-Khudri yang bermaksud : “Rasulullah saw telah bersabda : Barang siapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Maka sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman.” (Riwayat Oleh Muslim).

Hadis di atas ini, menunjukkan cara seseorang mengubah kemungkaran yang berlaku di sekelilingnya. Bagi yang berkemampuan atau mempunyai kuasa, maka ubahlah kemungkaran yang berlaku dengan kuasanya atau tangannya (perbuatannya). Bagi yang tidak berkemampuan maka ubahlah dengan lidahnya (teguran). Dakwah dengan menggunakan teguran selalunya bermasalah, ada yang tegur dengan cara menengking, menghina dan mencaci orang, ada orang yang menegur dengan cara baik, tetapi dibalasnya dengan cara yang tidak baik dan banyak lagi. Firman Allah yang bermaksud :

“Serulah kepada agama Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara sebaik-baiknya, sesungguhnya Tuhammu dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang sesat dari jalannya dan dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”(Al-Nahl : 127).

Dakwah bil lisan mestilah digunakan dengan bahasa-bahasa hikmah, baik, sopan dan bahasa yang bijaksana untuk menarik perhatian atau minat seseorang kepada Islam. Ini adalah ajaran dari Allah untuk pendakwah-pendakwah menyampaikan seruan Islam. Rasulullah menyampaikan dakwah kepada penduduk-penduduk Makah dengan cara percakapan yang baik, sopan santun, tidak pernah menipu dan sebagainya, Rasulullah juga dikenali dengan akhlak yang baik sehingga dakwah Nabi dapat diterima oleh sesetengah masyarakat Mekah ketika itu.

Pendapat saya cara untuk menegur orang yang melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat ialah :
  1. Gunakan kebijaksanaan yang ada untuk menegur pelaku bahawa perbuatannya itu salah dan melanggar peraturan Islam. Boleh gunakan TV atau Radio untuk memasang CD atau kased ceramah yang berkaitan dengan pemakaian tudung atau tutup aurat apabila dia datang ke rumah. Dalam cara tidak langsung, pelaku tersebut dengar dan dia akan rasa sendiri akan perbuatannya itu. Cara ini tanpa perlu ditegur, dan tidak memerlukan modal percakapan dan hanya bermodalkan bil elektrik dan modal CD atau kased ceramah sahaja.
  2. Gunakan perkataan-perkataan hikmah dan tidak sesekali menggunakan perkataan yang menguris hati pelaku,, seperti bawa dia berbincang baik-baik di tempat yang tiada orang, kerana bila melakukan teguran dihadapan orang ramai, maka secara tidak langsung kita telah menjatuhkan air mukanya dihadapan orang.
  3. Gunakan perkataan-perkataan sindiran yang tidak menyinggungnya atau tidak mengaibkannya, seperti contoh saya berikan cucu Nabi Muhammad saw iaitu Hasan dan Hussin menegur seorang tua yang mengambil air sembahyang secara cincai dan sekadar melepaskan kewajipan berwuduk sahaja dengan cara : “Assalamualaikum pakcik, maaf ganggu, boleh pakcik lihat kami mengambil air sembahyang, jika salah pak cik tegur kami” (Teks ini digambarkan dari saya sahaja untuk menyedapkan lagi cerita ).
  4. Tegur dengan menggunakan orang tengah yang dekat dengannya, supaya segala teguran yang disampaikan melalui orang tengah dapat diterimanya dengan baik dan hati yang terbuka.
  5. Tegur dengan menggunakan surat, SMS atau sebagainya. Teks mestilah didahulukan dengan perkataan maaf,perkataan-perkataan yang lembut dan menyatakan apa tujuan kita menulis surat atau SMS ini, supaya tidak berlakunya salah faham antara pelaku dan kita.
Ini sahaja yang dapat disenaraikan sebagai cara untuk melaksanakan dakwah kepada masyarakat terutamanya keluarga, sahabat, atau jiran-jiran berdekatan. Sebenarnya banyak lagi cara dakwah ini, tetapi itu semua bergantung kepada kebijaksanaan kita. Bagi sesiapa yang ada cadangan lagi, bolehlah kemukakan cadangan dan pendapat anda di ruangan komen di bawah ini, saya menghargai anda yang memberikan cadangan. Marilah sama-sama menyumbang sedikit buah fikiran kearah kebaikan, kerana pahalanya sangat besar.

Sesiapa yang tidak mampu untuk menegur kemungkaran dengan menggunakan perbuatan atau lidah, maka gunakanlah dengan hati, sesungguhnya orang yang tidak redho atas kejahatan tersebut dengan cara menegur dengan hati, maka itulah yang dinamakan selemah-lemah iman. Untuk melaksanakan dakwah, kita tidak perlu rasa takut kepada manusia, hanya perlu rasa takut kepada Allah sahaja, kerana ini adalah amanah Allah kepada kita untuk menyampaikan apa yang termampu dan apa yang diketahui kepada masyarakat. Hadis Nabi yang bermaksud : “Sampaikanlah dengan apa-apa yang diterima dari kami walaupun sepotong ayat”(Riwayat Bukhari dan Tarmizi). Sesungguhnya orang yang menyampaikan kebaikan (dakwah) adalah orang yang terlepas dari tanggungjawabnya. Biarlah dimarahi oleh pelakunya, tetapi kita tidak dimarahi oleh Allah. Hidup di dunia mencari cinta ilahi dan redho ilahi, bukan mencari cinta manusia dan redho manusia, barang siapa yang dapat redho ilahi dan cinta ilahi, nescaya dia akan cinta manusia dan akan selamat di dunia dan di akhirat.

Hukum Bekerja Di Restoran Tidak Halal




Assalamualaikum w.b.t. ustaz

Saya adalah seorang pelajar di United States. Saya ada satu pertanyaan. Di universiti saya belajar, ramai pelajar melayu Islam yang bekerja di cafe. Diantara mereka ada yang memotong daging dan menyediakan makanan. Mereka perlu memotong dan menyediakan pelbagai jenis makanan termasuklah makanan haram (yang tidak disembelih dan juga khinzir). Masalah di sini saya tidak tahu hukum yang jelas untuk melarang mereka daripada terus bekerja di bahagian makanan. Mereka berpendapat bahawa tidak ada masalah kerana makanan disediakan kepada orang bukan Islam. Jadi, mereka berkata bahawa tidak mengapa jika menyediakan khinzir sekalipun kerana mereka memakai sarung tangan dan makanan yang disediakan itu adalah untuk orang bukan Islam.

Masalah di sini ialah di universiti saya ada lebih kurang 300 pelajar Islam. Jadi bagaimanakah mereka tahu bahawa yang makan makanan yang disediakan itu tidak dimakan oleh orang Islam? Masalah yang kedua ialah duit biasiswa yang diberikan oleh pihak penaja sudah cukup untuk menampung kehidupan di universiti. Jadi, kerja yang mereka lakukan hanyalah untuk mencari duit lebih. Masalah ketiga ialah terdapat banyak lagi pekerjaan lain yang tidak melibatkan makanan.

Saya harap uztaz dapat membantu saya...

Jazakallahukhairan katsira.
Jawapannya

Islam mewajibkan umatnya mencari rezeki yang halal, maksud halal di sini ialah jauh dari tercampur benda-benda yang haram dan dilarang oleh Allah swt. Ramai umat Islam sekarang ini tidak faham dengan konsep mencari rezeki yang halal, malah mereka mengeluarkan fatwa sendiri untuk menghalalkan pekerjaan mereka tersebut, walaupun mereka sedar bahawa pekerjaan mereka itu jelas haram. Inilah yang menjadi penyakit umat Islam sekarang ini, walaupun mereka bukan dari kalangan orang yang mempunyai ilmu agama tetapi percakapan dan fatwa mereka seolah mereka orang agama. Sebab itulah jadinya sesat dan jauh menyimpang dari ajaran Islam yang sebenarnya. Saya sendiri pun tidak pandai dan tidak berani mengeluarkan pendapat sendiri tanpa disandarkan kepada pendapat Al-Quran, Hadis dan ulamak. Setiap hujah yang dikeluarkan mestilah berpandukan kepada 4 sumber perundangan Islam iaitu Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Inilah yang dinamakan sebagai sumber yang sahih dan lebih yakin dengan kebenarannya dan mempunyai nilai ilmiahnya.

Kembali kepada skop soalan yang dikemukakan, bekerja di restoran yang menyediakan makanan haram seperti babi, arak dan sebagainya adalah haram, hal ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud :
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).” (Al-Maidah : 2)

Ayat di atas cukup jelas bahawa Allah melarang umatnya melakukan perkara-perkara yang mungkar atau dosa seperti menjual benda-benda yang jelas haramnya. Ini seolah bersyubhat dengan pihak kedai tersebut dan meredhokan apa yang dilakukan dikedai atau restoran tersebut. Haram bagi umat Islam menjual daging babi, arak, makanan atau barang-barang yang diharamkan oleh Islam. Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :
“Sesungguhnya jika Allah mengharamkan sesuatu, maka Dia juga mengharamkan nilai harganya" (Diriwayatkan oleh Ahmad)

Ada alasan yang mengatakan bahawa tidak mengapa, kami cuma jual daging babi dan arak kepada non muslim sahaja dan tidak dijualkan kepada muslim. Ini pendapat orang yang tiada ilmu dan sengaja menambah-nambah perkara baru dalam agama, orang yang menambah benda baru dalam agama tanpa dalil, maka akan ditempatkan di dalam neraka Allah. Haram juga bagi orang yang menjualkan daging babi, arak kepada non muslim, ini berdasarkan kepada hadis di atas.

Rasulullah melaknat orang yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan arak. Ini berdasarkan kepada Hadis Anas Bin Malik :
“Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Jelas di sini bahawa orang yang bekerja di restoran yang menyediakan makanan yang tidak halal adalah haram walaupun ia hanya dihidangkan kepada non muslim sahaja. Lagilah besar dosanya kalau dihidangkan makanan haram kepada muslim. Kalau mereka yang telah melaksanakannya, maka kembalilah ke jalan Allah dan bertaubatlah sebelum terlambat.

Masalah duit biasiswa itu tidak menjadi masalah kalau mereka ingin mencari pendapatan lebih, pastikan pekerjaan itu adalah pekerjaan yang halal. Bagi mereka yang mahu bekerja, jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab hakiki iaitu belajar. Orang yang belajar ialah orang yang membawa amanah daripada Allah, keluarga, bangsa dan negara. Kalau mereka mensia-siakan amanah itu, maka mereka berdosa dengan Allah dan semua orang yang terlibat dalam usaha untuk memberikan bantuan pelajaran kepadanya.

Haram Meletakkan Patung Perhiasan Di Rumah






Soalan :

Di Malaysia khususnya sekarang ramai yang meminati dekorasi bercirikan konsep english @ english style decoration. Salah satu unsur dalam hiasan english ini ialah patung-patung hiasan seperti chef, itik,ayam, bear. Patung ini ada yg lengkap seekor itik/ayam/bear atau seorang chef..ada juga patung yang tidak lengkap spt patung chef duduk, patung ayam/itik sedang mengerang telur. Patung-patung ini diletakkan di dalam rumah juga di peti ais jika fridge magnet.
Jawapan :

Sebagai umat Islam yang mengesakan Allah swt, sepatutnya menjadikan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak dan Qiyas ulamak sebagai pegangan hidup, supaya perjalanan hidup tidak akan tersesat jauh dari kebenaran Islam. Inilah yang dikatakan masalah kejahilan umat Islam sekarang ini yang dikenali sebagai Islam liberar atau sekular yang menjadikan tamadun atau budaya kehidupan barat sebagai idola atau cara kehidupan mereka tanpa menghiraukan perkara yang halal dan perkara yang haram. Sepatutnya sebagai umat Islam wajiblah peka dengan semua perkara yang halal dan haram, supaya pendidikan keluarga atau dirinya sentiasa berada dalam jalan yang benar. Jadikan Islam sebagai cara hidup yang jelas, Islam itulah agama yang membawa keselamatan dan kebahagiaan kepada semua umat di dunia ini.

Masalah meletakkan patung di rumah seperti yang ditanyakan oleh sahabat blogger saya di page tanyalah ustaz blog ini. Terlebih dahulu saya datangkan beberapa dalil yang mengharamkan patung perhiasa di rumah. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke sebuah rumah yang di dalamnya ada patung”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah sangat menegah umatnya meletakkan patung di dalam rumah mereka, kerana Malaikat tidak masuk ke dalam rumah orang tersebut untuk memberikan rahmat, kerana rumah yang meletakkan patung sebagai perhiasa ini seolahnya sepertimana rumah orang non muslim yang meletakkan berhala di rumah mereka. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sesungguhnya manusia yang paling berat seksaannya kelak di hari kiamat adalah orang-orang yang membuat patung-patung itu”. Dalam riwayat lain dikatakan : "Orang-orang yang menandingi ciptaan Allah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah melaknat dengan seksaan yang sangat berat kepada orang yang membuat dan meletakkan patung perhiasan dalam rumah dengan tujuan ingin mencantikkan rumah, menunjuk-nunjuk, kononnya kreatif, kononnya mampu membeli, bermegah-megah kerana mampu buat perkara yang haram atau sebagainya. Ini jelas dan dalil hadis yang terdapat di atas ini adalah merupakan dalil yang qat’i dan sahih tanpa dapat dipertikaikan lagi kesahihan hadis tersebut. Tiada alasan kepada orang-orang yang jahil mengatakan ada pendapat ulamak yang membolehkan dan ini merupakan masalah kontemporari atau 1000 alasan sekalipun untuk membolehkan perbuatan ini. Orang yang pandai-pandai merubah hukum yang telah di tetapkan oleh Allah dan Rasul, maka Allah akan memasukkan orang tersebut ke dalam neraka Allah.

Tidak salah orang yang menyimpan patung mainan anak-anak mereka di rumah. Rasulullah mengahwini Aisyah semasa umur 9 tahun. Rasulullah meletakkan patung mainan kepada Aisyah sebagai alat permainannya sewaktu Baginda tiada di rumah. Patung mainan ini bermaksud, patung yang dijadikan mainan anak-anak, bukan diletakkan di dalam cermin sebagai perhiasa. Patung mainan tersebut tidak dihormati dan dimuliakan.

Menurut Dr.Yusuf Al-Qardawi dalam kitabnya Halal dan Haram Menurut Perspektif Islam mengatakan bahawa :
  1. Diharamkannya patung adalah demi menjaga kemurnian tauhid, supaya mereka tidak sama dengan kaum musyrik yang membuat patung sendiri kemudian disembah, bahkan dengan sangat khusyuknya. Walaupun ini bukanlah satu-satunya alasan.
  2. Dilihat dari dimensi pematung, pematung menjadi angkuh, seolah-olahnya dia boleh menciptakan sesuatu yang semula tidak ada atau mencipta makhluk hidup dari benda mati. Diriwayatkan ada seorang pematung yang sudah bertahun-tahun membuat sebuah patung. Setelah selesai, dia begitu terpesona dan tergila-gila dengan lekuk-lekuk tubuh patungnya. Dengan angkuhnya dia mengajak patungnya bercakap : “Marilah bercakap. Mari bercakap!!! Oleh itulah, Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya orang-orang yang membuat patung-patung ini kelak di hari kiamat akan diseksa dan dikatakan pada mereka : “Hidupkan apa yang telah kalian ciptakan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  3. Sepanjang zaman patung merupakan kebanggaan kaum borjuis. Istana dan bilik mereka dipenuhi dengan patung-patung yang beraneka bentuk dan bahan. Islam yang memerangi kemewahan, seperti emas, perak dan kain sutera, juga mengharamkan symbol kemewahan lain yakni patung di rumah orang muslim.
Kesimpulannya

Patung hiasan yang diletakkan di rumah orang-orang muslim adalah haram berdasarkan dalil-dalil yang diberikan di atas, sebenarnya banyak lagi dalil yang mengharamkan perbuatan meletakkan patung hiasan di rumah muslim. Begitu juga dengan masalah orang yang meletakkan gambar yang bernyawa di rumah mereka sebagai hiasan, untuk mengetahui perbahasan lanjut mengenai hukum meletakkan gambar hiasa di rumah sila klik di sini. Sebagai orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya, jauhilah dari melakukan perbuatan yang jelas di larang Allah, kerana orang yang tidak melakukan dosa dan melanggar larangan Allah akan diberikan ganjaran yang sangat besar dari Allah.

Khamis, 26 Mei 2011

Kenali tokoh Islam: Perginya seorang Mujahid~

Tokoh syeikhul Islam : Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna.

Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna dilahirkan pada Oktober  1906 di DesaAl-Mahmudiya yang terletak di daerah al-Bahriyyah,Iskandariah,Mesir. Beliau berasal daripada sebuah keluarga ulama’ yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan yang serba sederhana.

Hassan Al-Banna merupakan anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad Ibn Abdul Rahman Al-Banna ialah seorang ulama’, imam, guru, dan pengarang beberapa buah kitab hadith dan fiqah  perundangan Islam yang berkelulusan Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun, pemurah, merendah diri, dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai tukang jam di desa al-Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakan untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Quran dan Hadith kepada penduduk tempatan.

Sebagai seorang ulama’, Syeikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hassan Al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran,wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad Al-Banna diwarisi oleh Hassan Al-Banna.


Kepimpinan Hassan Al-Banna.

Sifat kepimpinan beliau terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah. Beliau menjadi pemimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwanul Muslimin.
Keluarga Hassan Al-Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz al-Quran dalam usia muda dan telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Selepas tiga tahun di sana beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir. Beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya yang luas.

Semasa di Kaherah, Hassan Al-Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh Gerakan Kamal Artatuk. Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jamait al-Makram al-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan Al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai. Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.


Menubuhkan Ikhwanul Muslimin.

Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Hassan Al-Banna beserta adik dan lima orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam. Di rumah itulah Jemaah Ikhwanul Muslimin telah ditubuhkan. Pada ketika itu beliau baru mendapat ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah.
Setelah berkhidmat selama 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat bandar. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwanul Muslimin sebagai sebuah gerakan yang berpengaruh.


Pengharaman Ikhwanul Muslimin dan Konspirasi pembunuhan Hassan Al-Banna.

Pengaruh Ikhwanul Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah pentadbiran Noraqshi Pasha daripada Parti al-Safdi. Pada 8 November 1948, beliau telah mengharamkan Ikhwanul Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sumbangan Ikhwanul Muslimin menghantar beribu-ribu orang pejuang dalam perang menghadapi Israel seolah-olah dinafikan. Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan.

Dengan alasan untuk mengendurkan ketegangan antara Ikhwanul Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan Al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam’iyyah al-Syubban al-Muslimin. Sebenarnya jemputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.

Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hassan al-Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, yang juga suami kepada adik perempuannya berada di pejabat itu. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.

Akhirnya, setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena tembakan tersebut. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan secara mengejut oleh dua pemuda tadi. Walaupun terkena tujuh tembakan, Hassan Al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam’iyyah al-Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.

Setibanya di hospital Qasral ‘Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hassan Al-Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hassan Al-Banna menghembuskan nafas  yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak. Beliau telah gugur syahid.

AWAS!.....

Perhatian! Berwaspadalah wahai umat ISLAm, AJuhilah segala wacana YAHUDI utk merosakkan ummatul Islamiyyah, Membunuh kesopanan, meracun fikiran & banyak lagi. Yahudi merosakkan umat melalui ini...:
1. SEKS - menjadi mainan, pergaulan bebas lelaki dan wanita, remaja melakukan seks bebas, majalah2 porno, VCD lucah yang menjadi bekalan biasa remaja sekolah, IPT, perbualan dan perilaku lucah menjadi kebiasaan. Iklan2 TV yang merangsang nafsu. Dan banyak lagi.

2. SONG - yahudi menyediakan santapan hiburan untuk melalaikan umat Islam. LAgu2 memuja-memuji makhluk, CINTA, SEKS, syaitan 'DEVIL'. mereka mengalihkan perhatian umat ISLAM kepada hiburan haram yang umat ISlam tidak sedar.

3. SMOKE - Salah satu cara merosakkan akal manusia, (rokok berasal dari yahudi)

4. SCREEN - Paparan skrin Tv yang membahayakan akidah umat Islam. Iklan2 seks, merangsang nafsu, mengajar anak kecil memahami perkara2 maksiat dan sebagainya. Larang anak-anak menonton TV. Hadkan masa sepenuhnya. Jangan biarkan hati dan fikiran anak2 kita rosak.

5. SPORT - Yahudi menghidangkan pelbagai perkara2 lalali yang menghiburkan, seperti olah raga dan bola sepak sejak kurun 1717 M.

6. FIESTA - festa2 hiburan yang mencampurkan lelaki dan wanita yang memudahkan jalan zina dan kemaksiatan, melarakan hati. dengan pecampuran yang sedemikian menjadikan manusia biasa dengan rutin da suasana yang sedemikian, wanita hilang malunya, lelaki hilang sifat pelindung terhadap wanita, yang ada hanyalah menuruti kata nafsu terhadap wanita yang haram disentuh, namun, mereka langsung tidak merasa di mana salahnya kerana semuanya sduah menjadi kebiasan dan fenomena, Hindarilah dari menghadiri festa2 yang melalaikan, kerana ia merosak!! kereta rosak, anda tidak mahu! Takutlah pada HATI KITA JIKA ROSAK!

7. FASHION - Segala bentuk pakaian telah diperkenalkan!!!! fesyen muslimat hanya sekadar nama! ingatlah kita semua, anda yang mengikuti fesyen2 terkini sekarang adalah sedang menempah tiket ke neraka, kerana segalanya tidak memenuhi syarak. Melebihi Syarak!! kerana segala bentuk fesyen yang ada hari ini adalah dari FESYEN YAHUDI perkenalkan, sedikit demi sedikit ia menghakis kebenaran dalam berpakaian!! anda ingatlah.

8. FOOD - yahudi telah berjanji akan mengotorkan segala makanan yang dikeluarkan di bawah syarikat keluaran mereka, meraka telah mencampur-adukkan segala makanan dengan sumber yang kotor yang diharamkan di dalam ISLAM, sebaik-baiknya SEBOLEH_BOLEHnya, BOIKOT segala PRODUK yang dihasilkan di negara yahudi, seperti yang telah diwar-warkan.!!! Awas !!! hati kita akan rosak, merubah akhlak baik kepada BURUK dan hina. !! demi Allah selamatkan anak2 kta, diri kita, ahli keluarga dan seluruh umat ISlam.

SEBARKAN !!! Tolonglah ~

Rabu, 25 Mei 2011

tempahan cup cake dan coklat...bleh hubungi kami...


Untuk tempahan cup cake bakar atau kukus dan coklat sempena majlis keraian atau perayaan, boleh hubungi "01790481816 idawati", "0137591174 mona",....





Add caption

Add caption

Add caption
coklat untuk ditempah...pelbagai jenis dan bentuk untuk pelabagai majlis / dan perayaan..
Add caption



Add caption


Add caption

Add caption
Add caption


Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption
Add caption


Add caption


Add caption


Add caption


Add caption


Add caption


Add caption

Add caption

Add caption


Add caption


Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

cup cake untuk ditempah untuk pelbagai majlis dan perayaan.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...