Ahad, 15 April 2012

Usaha satu kemestian,natijah allah yang punya..



           
Ada orang merungut,keje dah buat tapi hasil masih sama,dah usaha gila-gila tapi rizuk masih sama. kenape ye?
Aqidah islam ada meyebut soal takdir qada’ dan qadar allah taala,tetapi dalam aqidah ahlu sunnah wal jamaah masih tidak meninggalkan soal ikhtiar dalam pekerjaan. Ada dala aqidah lain mengatakan semuanya dating dari allah,ada juga mengatakan perbuatan manusia dating 100% dari manusia. Bagaimana mahu merungkai persoalan ini?
Dapat dilihat daripada persoalan ini dapat kita simpulkan bahawa semua kejadian alam ini datang dari allah. Ingat lagi ta kata-kata perangsang menyebut “" من جد وجد, ومن زرع حصد, apa maksud perkataan ini?
Manusia masih ada pilihan untuk Berjaya atau gagal, apabila mereka inginkan kejayaan pasti ia akan berusaha sepenuh hati untuk merialisasikan matlamat dan tujuan mereka, tetapi apabila menyebut soal kegagalan tiada siapa yang mahukan,akan tetapi perbuatan yang menterjemahkan keinginan seseorang. Apakah pilihan anda,ingainkan kejayaan @ kegagalan?
Tetapi yakinlah minda yang positif sahaja yang membuatkan seseorang itu Berjaya yang sentiasa husnul zon dengan allah taala, biarlah natijah atau hasil daripada hasil usahanya yang xseberapa tatapi mereka yakin setiap usaha yang dilakukan pada hari ini pasti akan dibalas oleh allah, tak hari ini esok,tak minggu ni minggu depan,tak bulan ni bulan depan,tak tahun ni tahun depan,tak kat dunia di akhirat itu pasti. Mereka ini sentiasa ikhlas dalam dalam pekerjaan mereka, harap-harap allah yang menilai hasil usaha mereka.
            "الدعاء سلاح المؤمن" adakah disamping usaha kita dengan doa? Kekuatan mukmin adalah doa. Ada satu cerita, seorang hamba allah yang sentiasa berdoa,apabila di akhirat dia merasa pelik kenapa pahalanya begitu banyak,maka hamba allah tersebut bertanya kepada allah, maka allah menjawab ini adalah hasil daripada banyaknya ia berdoa. Yakin lah jikalau berdoa, ada peringkat allah akan memakbulkan doanya,tetapi kita mestilah sentiasa husnul zon dengan allah yang doanya akan dimaqbulkan oleh allah. Peringkat doa tersebut, yang pertama allah akan memakbulkan doa secara direct, yang kedua allah akan menggantikan dengan yang lain, yang ketiga allah akan  bagi pahala hasil daripada doa tersebut. Yakinlah allah itu sangat pemurah dengan kebaikan, apa yang terjadi pasti akan ada hikmahnya.
            Tawakkal bila pulak? Ia mesti seiring dengan usaha dan tawakkal, apa maksud tawakkal? Hanya berserah kepada allah semata-mata? Mari kita liha link ini http://www.eramuslim.com/syariah/tafsir-hadits/makna-tawakal.htm .
                Usaha itu pasti, ambilah kata-kata saidina ali karamallahu wajha “bekerjalah kamu seperti ingin hidup seribu tahun, dan beramallah seperti kamu ingin mati esok hari”. Buat lah yang terbaik untuk diri anda, keluarga, dan agama. ANDA PASTI BERJAYA! INSYALLAH..

Sabtu, 14 April 2012

KISAH RAPILI DAN BALDI


Cara yang lebih baik untuk membangunkan perniagaan secara berterusan boleh diibaratkan seperti sebuah saluran paip yang mengalirkan airnya tidak kira siang ataupun malam.

Di sebuah desa yang aman dan permai, terdapat dua orang pemuda yang bersahabat baik iaitu Rapili dan Baldi. Mereka adalah contoh pemuda yang bercita-cita tinggi untuk menjadi yang terkaya di dalam desa tersebut. Mereka kerap berbincang mengenai cita-cita dan impian serta perubahan gaya hidup yang akan mereka kecapi sekiranya mereka kaya. Mereka tidak takut untuk bekerja keras untuk mencapainya tetapi mereka masih belum mempunyai pekerjaan yang membolehkan mereka mencapai citacita itu. Justeru mereka terus mencari dan mencuba beberapa perkara yang boleh menghasilkan wang.

Pada suatu hari, desa mereka memerlukan lebih banyak air. Jadi ketua kampung telah mengambil Rapili dan Baldi untuk bekerja mengangkut air dari gunung ke desa mereka. Mereka akan dibayar mengikut jumlah air yang berjaya diangkut ke dalam tangki air. Mereka berdua amat gembira dengan tawaran ini dan segera melaksanakan pekerjaan ini dengan penuh semangat.

Setiap hari dari pagi hingga ke petang mereka bekerja membawa baldi ke mata air dan membawanya semula ke tangki air di desa itu. Mereka bekerja keras untuk membawa sebanyak mungkin air bagi mengisi tangkiair tersebut. Penat lelah mereka berbayar apabila mereka menerima upah untuk kerja mereka pada hari itu. Baldi merasa amat puas dengan upah yang diperolehinya hasil daripada pekerjaannya itu. Dia berasa yakin bahawa usahanya itu akan merealisasikan cita-citanya. Baldi mula terfikirkan untuk menambahkan hasil kerja hariannya dengan mengangkat baldi yang lebih besar setiap hari. Dia yakin dengan penambahan usahanya itu akan mampu mempercepatkan hajatnya membeli rumah baru dan binatang ternakan.

Lain pula halnya dengan Rapili. Dia berasa kurang selesa dengan cara yang mereka lakukan itu. Dia mula berfikir tentang cara untuk menambahkan lebih banyak wang. Pada suatu hari, Rapili telah mendapat satu idea. Dia bercadang untuk membina satu saluran paip yang boleh mengalirkan air dari gunung terus ke tangki air di desa itu. Dengan ini, dia tidak perlu lagi mengangkut baldi untuk memenuhkan tangki air itu.

Rapili berasa sangat yakin dengan ideanya itu. Dia pun mula menceritakan ideanya itu kepada Baldi dan mengajaknya bekerjasama. Tetapi Baldi tidak bersetuju dan mula mengetawakan Rapili dengan ideanya itu. Baldi merasakan bahawa caranya adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan hasil yang lumayan. Maka Baldi pun terus dengan caranya mengangkut air dengan baldi yang lebih besar dengan masa yang lebih panjang. Dia begitu optimis dengan cara kerjanya ini.

Lain pula halnya dengan Rapili. Dia memutuskan untuk membangunkan ideanya sendirian. Dia sedar bahawa bukan satu tugas yang mudah untuk membina saluran paip itu dan ini memerlukan masa yang lama untuk menikmati hasilnya nanti. Namun dia telah bertekad untuk menghasilkannya. Dia tetap bekerja mengangkut air seperti biasa. Tetapi jika ada waktu lapang dan di hujung minggu dia bekerja pula membinasaluran paip. Namun hasilnya hampir tidak kelihatan pada bulan pertama.

Penduduk desa mula mengetawakan dan mencemuh Rapili yang disifatkan sebagai “Rapili si manusia saluran paip”. Ketika Rapili sibuk berusaha membina paipnya, Baldi mula mengecapi hasil dari pekerjaannya itu. Pendapatannya semakin bertambah dan dia mampu membeli rumah baru yang besar dan binatang ternakan. Dia benar-benar menikmati hidupnya yang semakin senang. Namun tanpa disedarinya, badannya mula membongkok kerana setiap hari terpaksa mengangkat baldi yang besar itu. Raut wajahnya juga tergambar keletihan.

Semakin hari semakin sedikit air yang mampu diangkutnya. Bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Rapili akhirnya Berjaya menyiapkan saluran paipnya. Kini tanpa perlu bersusah payah mengangkut baldi, Rapili mendapat lebih banyak wang hasil daripada pengaliran air dari gunung terus ke tangki airnya. Air mengalir tanpa henti tidak kira siang atau malam, waktu tidur, makan atau ketika sedang bersantai bersama keluarganya. Rapili berasa bangga dan puas dengan hasil yang diperolehinya berkat dari kesabaran dan usahanya selama ini.

Cerita tersebut menggambarkan keadaan kehidupan kita. Pekerjaan yang dilakukan oleh Rapili dan Baldi melambangkan apa yang dilakukan oleh kita untuk mendapat upah atau gaji. Baldi dengan caranya mengangkut air ke tangki menggunakan baldi. Dia mesti mengisi baldinya dengan air dan membawanya ke tangki air di desa untuk ditukarkan dengan wang. Untuk meningkatkan hasilnya, dia perlu lebih rajin pergi ke gunung dan juga membesarkan baldinya untuk mengangkut lebih banyak air.

Dalam realiti kehidupan adalah normal kita harus bekerja keras untuk melipat gandakan pendapatan. Misalnya dengan bekerja lebih masa atau dengan membuat pekerjaan tambahan. Namun sekiranya kita bijak berfikir dan berusaha mengikut sistem, segalanya akan menjadi mudah. Seperti Rapili, beliau berdisiplin dan mahu bekerja mengikut sistem. Akhirnya dia berjaya mencapai impian hidupnya.

Demikian kisah Rapili dan Baldi.

Ini adalah kisah mengenai 2 orang manusia yang mempunyai impian dan matlamat yang sama tetapi mempunyai cara kerja yang berbeza. Begitu juga dalam kehidupan seharian kita. Semua orang mempunyai matlamat hidup. Semua orang berusaha keras untuk mencapai matlamat itu. Persoalannya adalah, bagaimana anda berusaha untuk mencapai matlamat itu?

JIKALAU ANDA INGIN MENERUSKAN MENERUSKAN PEKERJAAN ANDA SERTA MELAKUKAN PEKERJAAN TAMBAHAN YANG BERSISTEMATIK SEPERTI RAPILI ANDA BOLEH MENGHUBUNGI SAYA 013-9442606 DAN SAYA AKAN KONGSIKAN PERKARA INI KEPADA ANDA.

SAYA TINGGALKAN ANDA DENGAN BEBERAPA PERSOALAN…

Encik berpendapatan RM3500 sebulan di syarikat encik bekerja. Sekiranya berlaku sesuatu kepada encik, mampukah encik wariskan pekerjaan ataupun pendapatan encik kepada isteri atau anak-anak? Jikalau sekarang encik sedang berhutang dan berlaku sesuatu kepada encik siapakah yang akan menanggung hutang tersebut? adakah encik mempunyai impian? dengan pekerjaan sekarang bolehkah impian tersebut boleh direalisasikan? Jikalau ya tak mengapa dan teruskan, jikalau tidak mengapa encik masih meneruskannya lagi? jikalau bukan hari ini,bila lagi?jikalau bukan anda siapa lagi?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...