Selasa, 5 Februari 2013

MY TESIS….Oh Kampungku part 1



Entah bagaimana hati terdetik ingin mempersembahkan tajuk tesis berkenaan dengan seorang tokoh ulamak yang bukunya menjadi rebutan dan antara yang terlaris masa kini “la tahzan”.
            Seorang tokoh penulisan dan sastera yang antara lain hanyalah bermatlamatkan dakwah melalui pena dengan berbagai karya melalui penulisan. Antara yang menjadi rebutan adalah “don’t be sad” yang mana asal tajuk tesisku berkenaan dengan buku ini. Apabila diperhatikan dengan masa kini, ulamak kini ada yang dihina, dicaci, diburuk-burukkan oleh sesetengah yang pihak yang tidak bertanggung jawab, mereka hanyalah memuja artis, penyanyi, pelakon, pemimpin yang korupsi dan zalim, serta orang-orang yang dijadikan ikon dan idola hanyalah kerana dengan sesuatu jasa yang tidak sebesar mana dan akhirnya dimartabat dan diangkat supaya di ingati.
            Dr Aidh Abdullah Al-Qarni nama gelaran yang masyhur dengan hasil pena yang mampu memberikan impak yang besar kepada umat masa kini. Antara yang sempat penulis memiliki
1.      La Tahzan
2.      Kamu Menjaga Allah, Allah Menjaga Kamu
3.      Motivasi Buat Wanita (seingat penulis)
4.      Dan lain-lain
Semua buku-buku ini berkisar dengan motivasi dan harapan yang dibawa oleh Al-Qarni sebagaimana dibawa oleh Ibnu Qayyim Al-Jauzi dan lain-lain.
            Tertarik denga gaya bahasa Al-Qarni dalam buku “Motivasi Buat Wanita” dengan pembawaan yang disukai oleh wanita, “intan, zamrud, berlian, emas” supaya setiap wanita yang membaca dapat mengambil intipati dengan lebih terkesan dan menyukai akan sesuatu perkara dengan hati yang tenang.
            Sebuah kampung yang memberi banyak inspirasi dan kenangan yang telah ku sampai pada petang ini. Pernah sekali aku ku terbaca di dalam facebook “apabila mati kedua orang tuamu maka akan hilang sebahagian keberkatan di dunia ini”, aku termenung...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...