Isnin, 27 Disember 2010

tazkirah diri...

Tazkirah hari ini: RENUNGAN:" HIDUP yang paling bererti adalah bila HIDUPNYA hati dgn cahaya ILMU dan IMAN, BAHAGIA yang paling bererti bila bahagianya JIWA dgn AMAL yg dilakukan dan AMANNYA hidup ini bila ISTIQAMAH bertapak dlm amal IBADAT yg dilaksanakan..Ingati jua, bahawa MATI yg sebenar bila matinya HATI dari menerima KEBENARAN dan matinya KEMAHUAN dari menuntut ILMU..." (Abul al-a'la al-Maududi)

Sabtu, 18 Disember 2010

tahniah buat sahabat... telah sempurna separuh iman kalian dengan mengikuti sunnah para nabi..

12/12/2010 telah terakam satu kenangan yang menjadi memori penting buat sahabat kami. Disini saya ingin merakamkan ucapan "barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jam'a bainakuma fil khair" dan selamat pengantin baru kepada sahabat firdaus ayub & dan atiqah sulaiman yang telah menyempurnakan salah satu sunnah rasul yang menjadi impian bagi setiap orang,.

alhmdulillah!dengan lafaz "aku terima nikah........" telah sah mereka sebagai suami isteri. maka telah sempurna kehidupan mereka dengan mengikuti sunnah rasul.





majlis resepsinya dilakukan di rumah keluarga perempuan di melaka pada hari yang sama dengan meriah sekali dengan sambutan tetamu yang begitu ramai, beserta itu majlis sambut menantu turut dilakukan bagi abang kepada pengantin perempuan.

pada 18/12/2010 majlis sambut menantu telah diadakan di rumah pengantin lelaki di selangor, majlis yang sederhana tetapi meriah dengan kedatangan tetamu serta sahabat seperjuangan dari pelbagai pelusuk negeri.






dengan sejuta harapan dan sekalung doa kebahagiaan mereka berdua serta sahabat-sahabat yang lain.








بركالله علينا و عليكم و خصوصا فردوس و عتيقه على حياته....

#BIAH SOLEH DAN SOLEHAH KEHIDUPAN SEMUA#(^-^)

Insan yang lemah...

Ibnumuborak990.blogspot.com

Isnin, 13 Disember 2010

Bertudung sekadar fesyen atau tuntutan agama…



Suatu malam aku terlihat satu cerita dari siaran astro oasis “fadhilah kamsah salami jiwa”. Tajuk yang menjadi isu terkini diperbahaskan dan menjadi satu fenomena di Malaysia “Bertudung sekadar fesyen atau tuntutan agama”. Antara tetamu jemputan adalah seorang artis yang tidak asing di Malaysia berkelahiran negeri cik siti wan kembang. Beliau mendapat hidayah untuk memakai tudung pada 16 julai baru-baru ini apabila sedang menemani rakannya di butik untuk membeli tudung.

Sedang lama menunggu, beliau mencuba satu tudung semasa memakainya beliau terasa satu seruan dalam diri supaya bertudung.

Betitik tolak dari peristiwa ini maka beliau kekal bertudung sampai sekarang.

Kata dato’ semua orang lelaki x kira ustaz, tok bilal, mat rock, ruged nuged, tak kira lah siapa sahaja suka melihat muslimah memakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna samaada beritahu ataupun tidak.

Tetapi kadang-kadang bila ditanya kepada muslimah kenapa tidak menutup aurat dengan sempurna, katanya 

“aku tak nak hipokrit r”.

Terfikir aku perkataan “hipokrit”, sedangkan antara latihan yang dicadangkan untuk mendidik jiwa, tarbiah diri untuk berubah kearah yang lebih baik adalah dengan berpura-pura dahulu, apabila sudah terbiasa maka bolehlah kita mengekekalkan perbuatan tersebut.

Tapi ada lagi satu masalah, nati kita akan diperli “alah! Ko dulu pun bukan baik sangat”, teringat satu hadis nabi SAW bersabda “jikalau hari ini lebih baik dari semalam, beruntunglah dia”, masa lepas biarkan ia berlalu dan jadikan sebagai sejarah untuk diambil pengajaran supaya ia tidak berulang lagi.

Akhir sekali, pintu taubat sentiasa terbuka bagi yang ingin kembali ke jalan yang benar, tinggalkan kata-kata “aku bukan ustaz”, “aku bukan alim”, “mati lambat lagi”, “muda lagi laa!” itu sume perkataan datang dari syaitan yans sentiasa menggoda untuk manusia tidak berubah ke jalan yang lebih baik.

‘salami jiwa rawatlah rohani perkasa hati’ dato’ fadhilah kamsah


Ahad, 12 Disember 2010

Kenapa pakai tudung besar-besar ya? tak rimas?



Pada suatu petang....berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM.
Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.
 
" Awak, boleh saya tanya?"
 
"Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum.
 
"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.
 
Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.
 
"Tapi kenapa ya?"
 
"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.
 
Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.
 
" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh?"
 
Dia mengangguk
 
"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya? " Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.
 
"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.
 
" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.
 
"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ? Saya bertanya lagi untuk menduga.
 
"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumache, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa..kan? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.
 
"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak" Saya terus bertanya.
 
" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"
 
"Tak rimas ke? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas"
 
"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan..soal keselamatan, kena jaga"
 
Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.
 
"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."
 
Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.
 
"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang besar-besar sama sahaja dengan jawapan awak tadi tentang kenapa kita pakai seatbelt bila memandu. Tujuannya sama. iaitu keselamatan" Saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi. dan dia semakin merenung saya sambil berfikir.
 
"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan? Tak berdosa, kan? Asalkan kita yakin kita mampu memandu dengan baik.Tapi yakin ke kita bila kita memandu tanpa memakai seat-belt walaupun memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"
 
Dia menggeleng kepala tanpa suara.
 
" Hmm, thats why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar. Sebab saya tak tahu apa bencana yang sedang menanti. Semuanya untuk tujuan keselamatan ditambah pula dengan galakan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih selamat'. Iya, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa, asalkan mampu menjaga diri sebab dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaanya. Kadangkala hanya kita yang berhemah di jalan, tetiba sedar-sedar kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt...hehehe".Saya tergelak kecil. Berharap agar mengundang bibit mesra dengannya.
 
" Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan? Orang ramai tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan. Ramai je yang berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar dari keretanya sendiri apabila berlaku kemalangan yang tidak diigini. Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen, tapi masih lagi tak ikut syariat. Ketat sana, singkat sini. Bukankah itu membahayakan hidup? " Saya tersenyum. Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.
 
"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk mintak penghormatan daripada sesiapa pun. Tapi tak lari dari tujuan keselamatan. Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan juga yang penting, saya nak cuba penuhi galakkan agama supaya menjaga diri melalui pemakaian."
 
"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi..kan?" Saya bertanya kembali. Dia memandang bebola mata saya mencari pengertian.
 
"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar?. Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu. Kadang tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas. Tapi tahan sikitla, sebab prinsip kita untuk jaga keselamatan. Sebab itu, pemandu yang paling berhemah adalah pemandu yang sentiasa menjaga keselamatannya..betul tak? Saya terus bertanya. Dan dia mengangguk.
 
"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?" Saya bertanya dengan lembut, memancing kefahamannya..
 Dia mengangguk...
"
Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start" Saya bangun dari kerusi dan mohon mengundur diri.
 
" Iya" Jawabnya ringkas, masih lagi seolah-olah memikirkan sesuatu.
 
Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambil brmonolog sendirian.
 
'Hmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni..sebelum ni tak pernah terfikir' Tersenyum saya..moga hari ini sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikan...dan membukakan jalan buat mereka yang mencari jalan.. ameen.
dan saya..terus berjalan, sambil membetulkan 'seat-belt' saya yang asyik terasa longgar sahaja pin'nya...kena pakai betul-betul nanti tak selamat...hehe...
 
by Hanim Napiah

Rabu, 8 Disember 2010

TAZKIRAH DIRI 2"


Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi... Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani=) Dalam kita melangkah… Terkadang diuji dengan ujian

TAZKIRAH DIRI"


::..Wahai MATA yang pernah melihat maksiat..menangislah bersungguh-sungguh hingga mengalir air mata taubat..bagi TELINGA yang pernah mendengar perkara lagha dan mengumpat..sucikanlah ia dengan selalu mendengar alunan munajat dan nasihat..wahai JIWA yang hitam dan berkarat..perbanyakkanlah istighfar memohon taubat agar hati sentiasa lebih berkilat..wahai DIRI yang tidak ada arah tujuan..kembalilah ke pangkal jalan..sesungguhnya Allah itu sentiasa membuka pintu taubat kepada hambaNya yang benar-benar ingin bertaubat..biarlah PENAT hanya sementara di dunia fana..kerana kemanisannya nanti kita akan rasa apabila Allah memberi peluang kepada kita untuk REHAT dengan tenang di negeri Akhirat...::

ADAKAH KAU LUPA | SALADIN the animated siries

SALADIN: the animated series trailer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...