Selasa, 28 Ogos 2012

jom zikir....


JOM KAWAN…


Dari perkongsian hari ini menegenai silaturrahim yang menjadi aspek penting dala kehidupan bermasyrakat..

   Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Abi Aufa r.a. berkata: "Pada suatu waktu petang hari Arafah kami bersama  Baginda s.a.w. tiba-tiba  Baginda s.a.w. bersabda: "Jangan duduk bersama kami siapa yang memutuskan hubungan kekeluargaan, supaya bangun dari tengah-tengah kami." Maka tidak ada orang kecuali seorang dibelakang Baginda s.a.w. sendiri, tetapi tidak lama ia kembali maka ditanya oleh Baginda s.a.w.: "Mengapakah engkau , sebab tidak ada orang yang bangun kecuali engkau?" Jawabnya: "Ya Rasulullah, ketika saya mendengar sabdamu itu, segera saya pergi kerumah makcikku yang memutuskan hubungan dengan aku, lalu dia bertanya: Mengapa kau datang, ganjil sekali kedatangan mu ini?" Maka saya beritahukan apa yang saya dengar daripadamu, maka ia membaca istighfar untuk ku dan aku juga membaca istighfar untuknya." Baginda s.a.w. bersabda: "Bagus engkau, duduklah sekarang sebab rahmat tidak akan turun pada suatu kaum jika ada diantara mereka seorang yang memutuskan hubungan kekeluargaan."

  Baginda s.a.w. bersabda lagi: "Tidak ada perbuatan hasanah yang lebih cepat pahalanya daripada menghubungi keluarga dan tiada dosa yang layak disegerakan pembalasannya didunia diamping siksanya kelak diakhirat seperti putus hubungan kekeluargaan dan berlaku zalim aniaya."

Tiga macam dari akhlak orang ahli syurga, tidak terdapat kecuali pada orang yang baik, pemurah hati iaitu:
  • Berbuat baik kepada orang berbuat jahat kepadanya
  • Memaafkan orang yang zalim kepadanya
  • dan loman kepada orang yang bakhil kepadanya
bersama ambil  iktibar...



Khamis, 16 Ogos 2012

SALAM AIDILFITRI..


hasil kerja untuk hasil hari ini..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARIPADA
KAKITANGAN PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH MARAN #
DAN MASJID ASY-SYAKIRIN DAERAH MARAN

Sabtu, 11 Ogos 2012

HARGAI NIKMAT MAKAN…


Makan menjadi suatu kemestian bagi setiap kehidupan di ala mini, tak kiralah manusia, haiwan mahupun tumbuhan, bahkan apabila mesin tidak di ‘cash’ akan mati, begitulah lumrah alam. Teringat sewaktuku belajar SPM dahulu, apa yang diajar oleh guru kami pada mata pelajaran perdagangan pada bab pertama “tiori hiraki maslow” menyebut, keperluan asasi manusia yang pertama adalah makan,pakaian dan tempat tinggal.


Makan menjadi perkara pertama dalam kehidupan yang paling asasi, tanpa makanan manusia tidak mampu tanpa makan. Tetapi yang menjadi persoalan sebagai seorang muslim, bagaimana kita semua makan? makanan apakah yang diambil? Halal x?dari mana datangnya sumber makanan tersebut? yang paling penting adalah adakah makanan kita diberkati ataupun tidak?
Mari kita selongkar setiap persoalan tadi….

Bagaimana kita semua makan?

Makanan yang menjadi acara yang wajib dalam kehidupan seharian, manusia tidak mampu bertahan jikalau tidak makan dan minum dalam masa 3 hari dan akan menyebabkan pengsan dan seterusnya membawa kepada kematian. Setiap kehidupan mesti akan makan, tetapi apakah yang membezakan manusia makan dengan haiwan makan?

Yang membezakan diantara manusia dengan haiwan adalah, cara dan pengambilan makanan yang diambil. Apabila haiwan maka ia akan makan mengikut selera yang ada dihadapan tanpa memikirkan apa-apa dan tidak perlu memilih , hakikatnya haiwan tidak dikurniakan akal untuk berfikir. Akan tetapi manusia mempunyai akal dan nafsu untuk membuat pilihan nak makan apa? Dimana? Nak makan apa?.

Akan tetapi bagaimana perbezaan muslim dengan non-muslim makan? Muslim membawa maksud penganut agama islam yang mesti mengikut lunas-lunas agama untuk dituruti termasuk soal makan sekalipun yang halal dan toyyiban ( yang baik atau bermanfaat)



makanan apakah yang diambil?

Maksud disini adalah apakah bahan makanan tersebut? Bagi muslim asasnya adalah halal dan toyyiban yang membawa kepada kebaikan kepada manusia. Ini telah digariskan oleh Al-quran berkenaan dengan makanan apa yang patut dimakan oleh muslim seperti tidak memakan daging babi dan anjing, tidak beracun,tidak memabukkan dan sebagainya.

Halal x?

Halal yaitu satu garis panduan yang daripada Al-quran dan hadith yang member jaminan bahawa makanan itu elok dimakan dan tidak memudaratkan. Dari sudut lain islam amat menekankan dari sudut aspek penjagaan kesihatan dengan dimabil pelbagai vitamin untuk meningkatkan kesihatan, kecerdasan, dan sebagianya. Oleh itu nabi Muhammad amat menggalakkan pengambilan madu sebagai makanan tambahan, buah tin, buah zaiton dan sebagainya.

dari mana datangnya sumber makanan tersebut?

apa yang ingin dibicarakan disini adalah sumber kewangan untuk membeli makanan tersebut, perkara ini mesti dipandang berat oleh setiap muslim supaya makanan yang dibeli oleh kita dan untuk diberi kepada ahli keluarga menjadi berkat dan mampu membina kelurga bahagia.. yang paling penting adalah adakah makanan kita diberkati allah.


Khamis, 9 Ogos 2012

apabila ulamak berkumpul...

alhamdulillah kebetula allah bagi kesempatan keatas kami yang kebetulan datang kelantan semata-mata untuk menjenguk qaryah ramadhan yang julung-julung kalinya dibuat pada setiap tahun pada bulan ramadhan, kebetulan datang berkesempatan menghadiri ke program Ijtimak Pondok Nusantara yang dihadiri pelbagai tok-tok guru, ulamak-ulama dari seluruh nusantara.

siri pembentangan pada hari pertama...


majlis diteruskan dgn sesi yang kedua....





untuk tegok lebih banyak video layari web di bawah ini..
http://www.ustream.tv/channel/kelantantv/videos

jom dengar kuliah^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...