Sabtu, 28 Julai 2012

PrOMosi BAzaR RamaDhan!!!


TEMPOYAK DURIAN MANIS

Pembelian secara Borong @ Runcit

Untuk Hidangan bagi masakkan antaranya :-
  •      ®            Sambal tempoyak petai
  •      ®            Sambal tempoyak bilis
  •      ®            Ikan patin masak tempoyak
  •      ®            Sambal pucuk ubi masak tempoyak
  •      ®            Lempuk durian
  •      ®            Pulut durian
  •      ®            Pais ikan bakar
  •      ®            Jemput duria
  •      ®            Dan banyak lagi..


Berminat?? SMS/TEL : 017-90481816 @ 0199464580
Atau PM ME di facebook http://www.facebook.com/annajah990

Khamis, 26 Julai 2012

SATU PERJALANAN YANG CUKUP BERMAKNA…




                Sudah lebih sebulan saya menjalani latihan ilmiah di Pejabat Agama Islam Daerah Maran, berbagai-bagai pengalaman yang tidaka dapat diperolehi di tempat lain, ini memberikan makna yang cukup besar bagiku sehingg hari ini. Daripada kerja dalam urusan pejabat sehingga kerja luar pejabat, itulah yang dilalui oleh penjawat awam yang berkerja secara khusus dalam menjaga kebajikan umat islam. Jasa mereka patut dihargai.
                Tetapi ada perkara yang lagi penting untuk dikongsi bersama, pukul 4 petang saya bersama umi bertolak ke kuantan untuk menjaga spupu baruku yang baru 2 hari dilahirkan akan tetapi ada masaalah yang terpaksa si ibu dan anaknya ditahan wad untuk beberapa ketika. Pada pukul 9.30 malam saya terpaksa pulang kerana pada esoknya akan meneruskan latihan ilmiah yang dijangka habis 2 bulan lagi, kalau tak nati rekod tak baik lau asyik ponteng.
                Tanya dari satu kaunter ke kauter tiket ke Maran sume tidaka ada, akhir sekali seorang memanggil saya basnya boleh menumpangkan sehingga simpang ke Maran kerana bas yang akan saya naiki adalah bas ke Kuala Lumpur. Itupun sudah cukup baik bagiku.

KAWAN BARU
                Tunggu sehingga semua penumpang naik maka saya pun naik dan mengambil tempat yang dihadapan sekali. Ketika itu terjumpa seorang sahabat daripada kuala Terengganu yang terpaksa bergegas balik ke kuala lumpur atas urusan pengajiannya dan keluarganya. Bermula dengan taaruf sehingga borak mengenai perniagaan, entah apa yang aku katakana padanya,semua yang ada dikepalaku habis ku kongsikan, mugkin ini umi selalu pesan supaya banyak membaca sebab saya suka bercakap. Berkongsi cerita daripada hal keluarga sehingga pasal tebu, pisang, kambing, lembu, ayam, bantuan kerajaan untuk pernigaan, macam-macam lagi dengan hanya masa sejam yang cukup-cukup makan. Tiba-tiba sahabat tersebut minta no telefon bimbit, katanya senang nak dihubungi. Dan akhirnya kami berpisah disini kerana destinasiku telah tiba.
                Jauhnya perjalanku pada mala mini, darpada simpang maran menuju ke tol maran 1 kilometer, nak ke Bandar maran ada dalam 5 kilometer, berapa jam malam ni saya nak jalan…redah jela!, jalan-jalan 1 kereta lalu malunya nak tahan, jalan lagi ada kereta dating cuba angkat tangan tapi kereta tersebut tak berhenti, tak ada rezki lagi jalan lagi kereta lain pula yang datang, tahan x berhenti juga akhirnya sampai di tol maran. Masih lagi meneruskan perjalanan. Sedang asyik meneruskan perjalanan macam-maca yang saya fikirkan, nak bekerja la, pukul berapa nak sampai rumah malam ni, nak bersahur apa, macam-macam. Tiba-tiba saya terfikir adakah ini susah orang dahulu yang tiada kemudahan seperti hari ini,  pergi mana sahaja mesti berjalan kaki.
MOTOR LAGENDA BIRU
                Asyik berjalan akhirnya ku dengar bunyi motor yang pertama, tiba-tiba bunyinya semakin perlahan menendakan ia akan berhenti.
“adik nak pergi mana” aku berpaling menyambut kata-katanya
“ nak pergi Bandar maran bang, boleh tumpangkan saya?”
“boleh dik tapi sampai simpang kat sana jela, takut ada polis abang sampai situ jela”
“ok la” akhirnya aku naik.
Sempat juga atas motor kami berborak dan akhirnya aku bertanya,
“nak kemana bang?”
“abang nak ke bera, dari kemaman, lepas berbuka tadi tolak”
Aku berfikir sejenak, dari maran ke bera dah makan masa 2 jam lebih, ke kemaman pula 2 jam kalau jalan ok, inilah pengobanan seorang ayah yang ingin menanggung keluarganya dengan hanya membawa motor lagenda warna biru.
                Sampai je di rumah aku membersihkan diri dan membuat solat hajat moga allah memberikan keselamatan kepada abang tersebut dan dimurahkan rezeki yang halal baginya. Moga kami dapat bertemu pada hari yang allah akan tetapkan suatu masa kami sendiri tidak tahu akan tarikhnya.
                Masihkan ada yang belas kasihan…

RABUN JAUH,RABUN DEKAT….




            Tajuk itulah yang didengari di radio ikim.fm apabila pulang daripada pejabat tempat praktikal semasa memandu kereta oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Terfikir dalam rialiti orang yang rabun jauh adalah kabur pada pandangan yang jauh, maksudnya tidak dapat melihat sesuatu objek pada karak yang jauh. Tetapi bagi mereka yang rabun dekat, kabur pandangan yang dekat, bermaksud tidak dapat melihat sesuatu objek pada jarak dekat. Kita biasa melihat orang yang rabun apabila membaca lebih-lebih lagi golongan warga emas masyallah itulah hakikat bagi orang yang ditarik nikmatnya oleh allah taala nikmat penglihatan.
            Akan tetapi bukan ini yang ingin dibicarakan, tetapi makna maknawi itu yang ingin diperjelaskan.
Apa dia? Yaitu dikatakan oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi adalah “lafaz majazi” didalam ilmu sastera bahasa arab ‘balaghah’ (kalau silap mohon ditegur) sebagai sibolik bagi corak kehidupan sebagai hamba allah.
Akan tetapi bagai mana orang yang berjaya? Yaitu orang yang celik mata hati.
Mana mata hati? Kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi ada dalam diri,
dimana? Dalam hati.
Doctor tidak pernah jumpa pun! Tidak siapa pun yang tahu (yang ni tambah sendiri).
            Orang yang berjaya adalah orang yang celia mata hati yang, dapat melihat yang jauh mahupun dekat, tidak terkena penyakit rabun jauh ataupun dekat. Inilah nikmat allah yang sewajibnya disyukuri oleh setiap hamba allah yang inginkan kejayaan didunia mahupun di akhirat. “WAHAI YANG MEMBOLAK BALIKKAN HATI, TETAPKAN HATI KAMI DIATAS AGAMAMU, DIATAS KETAATAN KEPADA MU, DIATAS JALANMU”

Sabtu, 21 Julai 2012

ALAHAI HATI….


Hati adala salah satu daripada elemen tubuh badan yang penting, tempat membuang darah yang kotor dan sebagainya, maaf jikalau tersilap memperkatakan mengenai hati. Tapi yang ni ke kita akan bicarakan? Yang pertama nabi pernah bersabda mafhumnya “didalam tubuh badan ada seketul darah jika baik darah tersebut maka baiklah seluruh badan kamu, jika buruk darah tersebut maka buruklah darah tersebut, itulah yang dinamakan ‘qalbu’”.
            qalbu ini terlalu subjektif untuk diperkatakan, ia bukan soal tubuh badan tetapi soal yang lebih tersirat di dalamnya. “Al-Hub” atau kasih sayang allah taala anugrahkan kepada setiap hamba yang betul-betul dipilh allah. Kasih saying afalah anugerah daripada allah yang patut disyukuri dan dihargai, apabila hilang maka kerosakan akan berlaku.
            “cinta” anugerah allah yang berharga kepada setiap manusia, cinta kepadan allah dan rasul, cinta kepada suami isteri, ibu bapa, keluarga, alam atau haiwan dan sebagainya. Ramai orang yang terus menyalahkan dan menyalahi perasaan cinta itu, akan tetapi bagaimana mendapatkan cinta yang halal, melalui cara yang halal, kesan dan akibat yang baik, allah pun suka. Apabila cinta, timbul sayang datang pula kasih, tetapi adakah ia akan berkekalan.
            Bagi setiap yang mempunyai pasangan secara halal atau menuju ke alam perkahwinan, nilailah sebaik mungkin perassan ini, bagilah komitmen, kejujuran dalam “Al-hub” itu supaya tidak timbul. “Janganlah menggadaikan masa yang lama sehingga memusnahkan masa yang sedikit” akibat daripada kesalahan yang kecil, bersederhanalah dalam setiap perkara supaya kesanya akan tinggal lama, kalau lebih-lebih cepat “habis gas”.
            Nilailah sesuatu perkara sebaik mungkin dengan akan yang waras, buta pertimbangan dengan ilmu, bicarakan dengan lemah lembut sehingga ia akan selesai dengan cara yang paling baik.
           
Buatmu teman..

Ahad, 15 Julai 2012

NAK YAKIN?PILIHLAH YANG LEBIH MEYAKINKAN…


Nak yakin?jangan was-was. Macam mane tak naka bagi perasaan was-was datang? Rujuk kepada yang lebih pakar. nak makan,minum, beli barang, belajar lah…mari kita lihat Surah An-Nas..
  
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
2. "Yang Menguasai sekalian manusia,
3. "Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
4. "Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul tenggelam, -
5. "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, -
6. "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".

            Setiap masa kita dituntut 2 perkara yaitu berdoa dengan dengan mengharapkan semua perbuatan dilindungi oleh allah, yang ke dua belajar akan sesuatu perkara yang dilalui agar tidak “terpijak kedalam lubang yang sama untuk kali ke dua”.

            Surah An-Nas menceritakan mengenai akan penghasut yang menuju kea rah kejahatan yang terdiri daripada 2 jenis makhluk yaitu jin dan manusia. Syaitan terdiri daripada kalangan jin dan manusia,faham-faham jela yee…

            Di samping itu berdoalah setiap kali berbuat sesuatu dengan dimulai dengan “basmalah” supaya syaitan tidak mendekati apabila berbuat sesuatu perkara.

Antara yang terpenting adalah apabila belajar rujuklah kepada yang pakar, nak jadi makenik kereta jangan belajar dengan makenik kapal laut lak, mesti belajar dengan ahli. Fenomena sekarang yang terjadi adalah apabila terjadi sesuatu isu, kita suka bertanya kepada orang yang ada publisiti tetapi mereka bukan orang yang sepatutnya yang boleh ditanya dan akhirnya “nak pergi ke Bandar tetapi jatuh ke longkang”.

Berdoalah supaya sentiasa yakin akan sesuatu perkara dengan ilmu yang datangnya dari wahyu bukannya datang dari sumber yang meragukan.

SURAU PERSENDIRIAN ATAU MASJID KERAJAAN??


Masjid adalah merujuk kepada tempat ibadat bagi penganut agama islam. Jika dilihat dari zaman rasulullah saw masjid bukan sahaja tempat ibadat malah menjadi tempat pelbagai aktiviti kehidupan manusia seharian, tempat pertemuan social, pentadbiran, diadakan majlis keraian atau sesuatu peristiwa, mahkamah atau tempat perbincangan dan sebagainya. Berbalik kepada sirah Nabi Muhammad saw perana masjid begitu tinggi kepada umat islam dan peranan masjid itu diteruskan selepas kewafatan baginda saw yaitu Khulafa Ar-Rasyidin, Bani Umayyah, Bani Abasiah dan system khilafah islam yang terakhir yaitu Kerajaan Turki Uthmaniah.

Rentetan daripada kejatuhan system khilah islam maka gerakan islam seperti ikhwanul muslimun juga megambil inisiatif mengambil berat keatas solat berjemaah di masjid. Sehingga hari ini pun sebuah gerakan islam terbesar di Malaysia mengambil berat keatsa insitusi masjid yang hanya bukan menjadikannya sebagai tempat ibadat semata-mata tetapi menjadikan sebuah insitusi pelbagai aspek kehidupan. Kepentingannya adalah disebut dalam sebuah hadis pemuda yang hatinya terikat dengan masjid akan dinaungi pada hari kiamat kelak.

Dari fakta sejarah tersebut dapatlah disimpulkan bahawa masjid di masa awal Islam telah menjadi sebagai:
1. Tempat ibadat, terutama sembahyang berjemaah.
2. Tempat pembentukan peribadi umat Islam atau dalam erti kata lain masjid adalah pusat pendidikan Islam.
3. Pusat perkembangan ilmu pengetahuan kerana masjid tempat ilmu pengetahuan disampaikan baik dalam bidang akidah, syariat dan akhlak.
4. Tempat wahyu diturunkan dan sebagai tempat wahyu disampaikan kepada sahabat.
5. Pusat kegiatan kesusasteraan dan persuratan Islam. Ada sahabat yang menyampaikan syairnya dalam masjid.
6. Pusat kegiatan sosial dan kehakiman dalam perkara yang berkaitan dengan nikah kahwin dan penyelesaian masalah umat Islam.
7. Tempat letaknya Baitulmal negara.
8. Tempat persinggahan musafir dan tempat menyambut tetamu.
9. Lambang persaudaraan dan perpaduan umat Islam kerana setiap hari lima kali umat Islam bertemu dengan tujuan yang sama tanpa mengira kedudukan dan keturunan.
10. Tempat membuat perisytiharan kepada umat termasuk perisytiharan pelantikan khalifah (Abu Shuhbah, al-Sirat Nabawiyyat Fi al- Qur'an Wa al-Sunnat jld: 2 hlm: 31). (dipetik daripada http://www.iluvislam.com/fotografi/fotojournal/1835-kepelbagaian-peranan-masjid.html)

Tetapi adakah di peranan masjid di tanah air yang tercinta ini memainkan peranan yang sewajarnya keatas penganut islam? Sama-sama kita menilai adakah sehingga kini masjid yang tersenggam indah dan cantik rupawan mampu memberi “impak maksima” keatas penganutnya. Apa yang difahami islam bukan agama ritual semata-mata tetapi satu agama yang diberi jolokan “way of life” yang bermula daripada bangun tidur pada waktu pagi sehingga tidur waktu malam.

Akan tetapi adakah masjid di Negara kita mengalami nasib yang sama? Sama-sama menilai….

Tanggungjawab sebagai seorang muslim adalah memakmurkan rumah allah, akan tetapi timbul pula persoalan surau persendirian begitu makmur dengan diadakan pelbagai aktiviti dari sudut ilmu sehingga majlis keraian atau kemasyarakatan, akan tetapi masjid tidak begitu meriah, apabila dilihat dari sudut tabung kewangan ada jumlah kewangan tabung surau melebihi tabung masjid, bagai mana ini boleh terjadi sedangkan masjid disediakan pelbagai kemudahan kewangan hanya yang tinggal mengimarahkan sahaja.

Dan akhirnya peranan masjid kerajaan atau surau persendirian sewajarnya dimainkan oleh semua pihak dengan niat mengimarahkan bukan untuk dijadikan persaingan dan bukannya menunding jari kepada pihak lain dengan menyalahkan mereka dengan pelbagai alasan sehingga tidak membawa kepada umat islam selurunya.

Rabu, 4 Julai 2012

PROMOSI HEBATT!! MAXIS / CELCOM SKMM & MODEM BROADBAND e173..


PROMOSI HEBATT!!

MAXIS / CELCOM SKMM & MODEM BROADBAND e173..

BAGI SESIAPA YANG DAH ADA MODEM, JUST BELI SIMPACK SAHAJA :-)

" LAYARI INTERNET HANYA RM25 SEBULAN "
MACAM BROADBAND BIASA JUGA. TAPI NI TOPUP SETIAP BULAN RM25. BUKAN BIL...

REGISTER PERCUMA ..

~RM25 SEBULAN
~TIADA KONTRAK!!
~TIADA BIL!!
~ RM25 TOPUP D'KEDAI
~PERCUMA BULAN PERTAMA (30 HARI)!

* PRICE PM sya k...:)

sape cpt dia dpt! ^_^
 
http://www.facebook.com/annajah990
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...