
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

[101]Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.

[102]Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.

[103]Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),

[105]“Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

[112]Dan Kami pula berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
2
khutbah pada hari yang sama pada hari aidiladha di tempat yang berbeza…
Khutbah hari raya aidiladha pada
paginya menceritakan akan 2 perihal.. yang pertama supaya menerima islam secara
keseluruhan tanpa ad yang meninggal walau sedikit pun..ia lebih berkaitan
dengan iman kepada seluruhnya..
Pada
perihal yang kedua adalah mengenai daripada surah as-soffat mencerita kan
berkenaan nabi ismail anak kepada nabi ibrahin as yang menyerah diri supaya
dikorbankan diatas suruhan allah..apabila berbicara mengenai korban banyak yang
ingin dibicarakan dari pelbagai aspek. Antaranya adalah dari aspek yang
terbesar adalah aspek keimanan.. coretan daripada kuliah dr syafie pada hari
selasa sebelum adiladha menceritakan berkenaan keimanan ibadat korban dan
pengorbanan yang dibuat oleh nabi Ibrahim as dan nabi ismail as.
Dari
aspek ini dapat dilihat bahawa keimanan 2 nabi ini terhadap suruhan allah dan
penyerahan total atau bulat2 daripada kekasih allah ini kepada tuhan yang maha
agung. Dari sudut ini pengorbanan seorang hamba kepada tuhannya adalah sangat
diperlukan dalam islam, tetapi pengorbanan yang dibawa oleh islam sangat
berlainan dalam menyatakan berkenaan dengan ibadat korban.
Dari
aspek yang kedua adalah keimanan, jika dilihat daripda kisah ini bahawa
menunjukkan keimanan yang teguh dan sabar dalam menjalankan suruhan allah..ini
dapat dilihat daripada kata-kata nabi ismail semasa ditanya oleh nabi Ibrahim “jalankanlah
apa yang disuruh dan engkau akan dapati aku dikalangan orang-orang yang sabar”.
Ini menunjukkan setiap suruhan yang dituruti mesti sabar apabila
menjalankannya.
Moga
setiap kisah pengorbanan yang dijalankan sabar dalam menuturuti arahan daripada
allah.. berbalik daripada hadis berkenaaan islam, iman dan ihsan, yang ingin di
highlight adalah maksud ihsan apabila ditanya apa itu ihsan, baginda menjawab “apabila
kamu beribadat seperti kamu melihat allah, jikalau tidak yakinilah bahawa allah
melihat kamu”.
SELAMAT
HARI RAYA AIDILADHA, MOGA KALIAN DILIMPAHI RAHMAT DIATAS PENGORBANAN DAN
KEMULIAAN HARI INI.