Sabtu, 11 Ogos 2012

HARGAI NIKMAT MAKAN…


Makan menjadi suatu kemestian bagi setiap kehidupan di ala mini, tak kiralah manusia, haiwan mahupun tumbuhan, bahkan apabila mesin tidak di ‘cash’ akan mati, begitulah lumrah alam. Teringat sewaktuku belajar SPM dahulu, apa yang diajar oleh guru kami pada mata pelajaran perdagangan pada bab pertama “tiori hiraki maslow” menyebut, keperluan asasi manusia yang pertama adalah makan,pakaian dan tempat tinggal.


Makan menjadi perkara pertama dalam kehidupan yang paling asasi, tanpa makanan manusia tidak mampu tanpa makan. Tetapi yang menjadi persoalan sebagai seorang muslim, bagaimana kita semua makan? makanan apakah yang diambil? Halal x?dari mana datangnya sumber makanan tersebut? yang paling penting adalah adakah makanan kita diberkati ataupun tidak?
Mari kita selongkar setiap persoalan tadi….

Bagaimana kita semua makan?

Makanan yang menjadi acara yang wajib dalam kehidupan seharian, manusia tidak mampu bertahan jikalau tidak makan dan minum dalam masa 3 hari dan akan menyebabkan pengsan dan seterusnya membawa kepada kematian. Setiap kehidupan mesti akan makan, tetapi apakah yang membezakan manusia makan dengan haiwan makan?

Yang membezakan diantara manusia dengan haiwan adalah, cara dan pengambilan makanan yang diambil. Apabila haiwan maka ia akan makan mengikut selera yang ada dihadapan tanpa memikirkan apa-apa dan tidak perlu memilih , hakikatnya haiwan tidak dikurniakan akal untuk berfikir. Akan tetapi manusia mempunyai akal dan nafsu untuk membuat pilihan nak makan apa? Dimana? Nak makan apa?.

Akan tetapi bagaimana perbezaan muslim dengan non-muslim makan? Muslim membawa maksud penganut agama islam yang mesti mengikut lunas-lunas agama untuk dituruti termasuk soal makan sekalipun yang halal dan toyyiban ( yang baik atau bermanfaat)



makanan apakah yang diambil?

Maksud disini adalah apakah bahan makanan tersebut? Bagi muslim asasnya adalah halal dan toyyiban yang membawa kepada kebaikan kepada manusia. Ini telah digariskan oleh Al-quran berkenaan dengan makanan apa yang patut dimakan oleh muslim seperti tidak memakan daging babi dan anjing, tidak beracun,tidak memabukkan dan sebagainya.

Halal x?

Halal yaitu satu garis panduan yang daripada Al-quran dan hadith yang member jaminan bahawa makanan itu elok dimakan dan tidak memudaratkan. Dari sudut lain islam amat menekankan dari sudut aspek penjagaan kesihatan dengan dimabil pelbagai vitamin untuk meningkatkan kesihatan, kecerdasan, dan sebagianya. Oleh itu nabi Muhammad amat menggalakkan pengambilan madu sebagai makanan tambahan, buah tin, buah zaiton dan sebagainya.

dari mana datangnya sumber makanan tersebut?

apa yang ingin dibicarakan disini adalah sumber kewangan untuk membeli makanan tersebut, perkara ini mesti dipandang berat oleh setiap muslim supaya makanan yang dibeli oleh kita dan untuk diberi kepada ahli keluarga menjadi berkat dan mampu membina kelurga bahagia.. yang paling penting adalah adakah makanan kita diberkati allah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...