Ahad, 28 Julai 2013

Nikmat iftar

Antara nikmat yang nabi muhammad menyebut adalah nikmat berbuka puasa..

Cuba kita bayangkan daripada jam 5.40 pg hinggalah 7.21 minit ptg, lebih kurang 12jam berpuasa, tidak makan dan minum, dan akhirnyakita berbuka dengan sedikit hidangan... masyallah, alangkah nikmatnya menjamu selera..

Akan tetapi apakah hasil yang diperolehi daripada puasa tersebut?

Nabi ada menyebut akan sesetengah drpd manusia yang berpuasa hanya memperolehi lapar dan dahaga. Adakah kita tergolong dikalangan tersebut, moga2 dijauhkan...

Alim ulamak ada menyebut berkenaan dengan perjngkat orang yang berpuasa
1.puasa orang awam
2.puasa khawas
3.puasa khawatul khawas

Moga2 kita tergolong golongan yang terbaik dikalangan orang2 yang berpuasa..

Yang penting kita menjaga pahala puasa jikalau ingin mendapat ganjaran pahala puasa yang sepatutnya.. sebabnya puasa ini allah sendiri yang membalas puasa orang mukmin, kita bukan hanya melepaskan kewajipan berpuasa itu akan tetapi akan tetapi mengharapkan ganjaran drpd allah..

Bagaimana nak dapat pahala puasa?

Ada adab2 puasa yang mesti kita jaga jikalau mahu mendapatkan ganjaran puasa.. teringat sekali menonton slot tv cinta ilmu fiqh syariah bersamanust badlishah alaudin ada menyebut berkenaan dengan adab puasa.

Antara yang disebut oleh ust badlishah
1. Jangan mengumpat
2. Jangan mencaci
3. Jangan membawa cerita orang lain
DLL

Mungkin ini sebahagian drpd adab2 puasa yang disebut seingat kami, moga2 ini memberi manfaat kepada kita semua..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...