Sabtu, 18 Disember 2010

tahniah buat sahabat... telah sempurna separuh iman kalian dengan mengikuti sunnah para nabi..

12/12/2010 telah terakam satu kenangan yang menjadi memori penting buat sahabat kami. Disini saya ingin merakamkan ucapan "barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jam'a bainakuma fil khair" dan selamat pengantin baru kepada sahabat firdaus ayub & dan atiqah sulaiman yang telah menyempurnakan salah satu sunnah rasul yang menjadi impian bagi setiap orang,.

alhmdulillah!dengan lafaz "aku terima nikah........" telah sah mereka sebagai suami isteri. maka telah sempurna kehidupan mereka dengan mengikuti sunnah rasul.





majlis resepsinya dilakukan di rumah keluarga perempuan di melaka pada hari yang sama dengan meriah sekali dengan sambutan tetamu yang begitu ramai, beserta itu majlis sambut menantu turut dilakukan bagi abang kepada pengantin perempuan.

pada 18/12/2010 majlis sambut menantu telah diadakan di rumah pengantin lelaki di selangor, majlis yang sederhana tetapi meriah dengan kedatangan tetamu serta sahabat seperjuangan dari pelbagai pelusuk negeri.






dengan sejuta harapan dan sekalung doa kebahagiaan mereka berdua serta sahabat-sahabat yang lain.








بركالله علينا و عليكم و خصوصا فردوس و عتيقه على حياته....

#BIAH SOLEH DAN SOLEHAH KEHIDUPAN SEMUA#(^-^)

Insan yang lemah...

Ibnumuborak990.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...