Isnin, 13 Disember 2010

Bertudung sekadar fesyen atau tuntutan agama…



Suatu malam aku terlihat satu cerita dari siaran astro oasis “fadhilah kamsah salami jiwa”. Tajuk yang menjadi isu terkini diperbahaskan dan menjadi satu fenomena di Malaysia “Bertudung sekadar fesyen atau tuntutan agama”. Antara tetamu jemputan adalah seorang artis yang tidak asing di Malaysia berkelahiran negeri cik siti wan kembang. Beliau mendapat hidayah untuk memakai tudung pada 16 julai baru-baru ini apabila sedang menemani rakannya di butik untuk membeli tudung.

Sedang lama menunggu, beliau mencuba satu tudung semasa memakainya beliau terasa satu seruan dalam diri supaya bertudung.

Betitik tolak dari peristiwa ini maka beliau kekal bertudung sampai sekarang.

Kata dato’ semua orang lelaki x kira ustaz, tok bilal, mat rock, ruged nuged, tak kira lah siapa sahaja suka melihat muslimah memakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna samaada beritahu ataupun tidak.

Tetapi kadang-kadang bila ditanya kepada muslimah kenapa tidak menutup aurat dengan sempurna, katanya 

“aku tak nak hipokrit r”.

Terfikir aku perkataan “hipokrit”, sedangkan antara latihan yang dicadangkan untuk mendidik jiwa, tarbiah diri untuk berubah kearah yang lebih baik adalah dengan berpura-pura dahulu, apabila sudah terbiasa maka bolehlah kita mengekekalkan perbuatan tersebut.

Tapi ada lagi satu masalah, nati kita akan diperli “alah! Ko dulu pun bukan baik sangat”, teringat satu hadis nabi SAW bersabda “jikalau hari ini lebih baik dari semalam, beruntunglah dia”, masa lepas biarkan ia berlalu dan jadikan sebagai sejarah untuk diambil pengajaran supaya ia tidak berulang lagi.

Akhir sekali, pintu taubat sentiasa terbuka bagi yang ingin kembali ke jalan yang benar, tinggalkan kata-kata “aku bukan ustaz”, “aku bukan alim”, “mati lambat lagi”, “muda lagi laa!” itu sume perkataan datang dari syaitan yans sentiasa menggoda untuk manusia tidak berubah ke jalan yang lebih baik.

‘salami jiwa rawatlah rohani perkasa hati’ dato’ fadhilah kamsah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...