Ada
orang merungut,keje dah buat tapi hasil masih sama,dah usaha gila-gila tapi
rizuk masih sama. kenape ye?
Aqidah
islam ada meyebut soal takdir qada’ dan qadar allah taala,tetapi dalam aqidah
ahlu sunnah wal jamaah masih tidak meninggalkan soal ikhtiar dalam pekerjaan. Ada
dala aqidah lain mengatakan semuanya dating dari allah,ada juga mengatakan perbuatan
manusia dating 100% dari manusia. Bagaimana mahu merungkai persoalan ini?
Dapat
dilihat daripada persoalan ini dapat kita simpulkan bahawa semua kejadian alam
ini datang dari allah. Ingat lagi ta kata-kata perangsang menyebut “" من جد وجد, ومن زرع حصد, apa maksud
perkataan ini?
Manusia masih ada pilihan untuk Berjaya
atau gagal, apabila mereka inginkan kejayaan pasti ia akan berusaha
sepenuh hati untuk merialisasikan matlamat dan tujuan mereka, tetapi apabila menyebut
soal kegagalan tiada siapa yang mahukan,akan tetapi perbuatan yang
menterjemahkan keinginan seseorang. Apakah pilihan anda,ingainkan kejayaan @
kegagalan?
Tetapi yakinlah minda yang positif
sahaja yang membuatkan seseorang itu Berjaya yang sentiasa husnul zon
dengan allah taala, biarlah natijah atau hasil daripada hasil usahanya yang
xseberapa tatapi mereka yakin setiap usaha yang dilakukan pada hari ini pasti
akan dibalas oleh allah, tak hari ini esok,tak minggu ni minggu depan,tak bulan
ni bulan depan,tak tahun ni tahun depan,tak kat dunia di akhirat itu pasti. Mereka
ini sentiasa ikhlas dalam dalam pekerjaan mereka, harap-harap allah yang
menilai hasil usaha mereka.
"الدعاء سلاح المؤمن" adakah disamping usaha kita dengan doa? Kekuatan mukmin adalah
doa. Ada satu cerita, seorang hamba allah yang sentiasa berdoa,apabila di
akhirat dia merasa pelik kenapa pahalanya begitu banyak,maka hamba allah
tersebut bertanya kepada allah, maka allah menjawab ini adalah hasil daripada
banyaknya ia berdoa. Yakin lah jikalau berdoa, ada peringkat allah akan
memakbulkan doanya,tetapi kita mestilah sentiasa husnul zon dengan allah yang
doanya akan dimaqbulkan oleh allah. Peringkat doa tersebut, yang pertama allah
akan memakbulkan doa secara direct, yang kedua allah akan menggantikan
dengan yang lain, yang ketiga allah akan
bagi pahala hasil daripada doa tersebut. Yakinlah allah itu sangat
pemurah dengan kebaikan, apa yang terjadi pasti akan ada hikmahnya.

Usaha itu pasti, ambilah
kata-kata saidina ali karamallahu wajha “bekerjalah kamu seperti ingin hidup
seribu tahun, dan beramallah seperti kamu ingin mati esok hari”. Buat lah
yang terbaik untuk diri anda, keluarga, dan agama. ANDA PASTI BERJAYA!
INSYALLAH..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan