Sabtu, 14 April 2012

KISAH RAPILI DAN BALDI


Cara yang lebih baik untuk membangunkan perniagaan secara berterusan boleh diibaratkan seperti sebuah saluran paip yang mengalirkan airnya tidak kira siang ataupun malam.

Di sebuah desa yang aman dan permai, terdapat dua orang pemuda yang bersahabat baik iaitu Rapili dan Baldi. Mereka adalah contoh pemuda yang bercita-cita tinggi untuk menjadi yang terkaya di dalam desa tersebut. Mereka kerap berbincang mengenai cita-cita dan impian serta perubahan gaya hidup yang akan mereka kecapi sekiranya mereka kaya. Mereka tidak takut untuk bekerja keras untuk mencapainya tetapi mereka masih belum mempunyai pekerjaan yang membolehkan mereka mencapai citacita itu. Justeru mereka terus mencari dan mencuba beberapa perkara yang boleh menghasilkan wang.

Pada suatu hari, desa mereka memerlukan lebih banyak air. Jadi ketua kampung telah mengambil Rapili dan Baldi untuk bekerja mengangkut air dari gunung ke desa mereka. Mereka akan dibayar mengikut jumlah air yang berjaya diangkut ke dalam tangki air. Mereka berdua amat gembira dengan tawaran ini dan segera melaksanakan pekerjaan ini dengan penuh semangat.

Setiap hari dari pagi hingga ke petang mereka bekerja membawa baldi ke mata air dan membawanya semula ke tangki air di desa itu. Mereka bekerja keras untuk membawa sebanyak mungkin air bagi mengisi tangkiair tersebut. Penat lelah mereka berbayar apabila mereka menerima upah untuk kerja mereka pada hari itu. Baldi merasa amat puas dengan upah yang diperolehinya hasil daripada pekerjaannya itu. Dia berasa yakin bahawa usahanya itu akan merealisasikan cita-citanya. Baldi mula terfikirkan untuk menambahkan hasil kerja hariannya dengan mengangkat baldi yang lebih besar setiap hari. Dia yakin dengan penambahan usahanya itu akan mampu mempercepatkan hajatnya membeli rumah baru dan binatang ternakan.

Lain pula halnya dengan Rapili. Dia berasa kurang selesa dengan cara yang mereka lakukan itu. Dia mula berfikir tentang cara untuk menambahkan lebih banyak wang. Pada suatu hari, Rapili telah mendapat satu idea. Dia bercadang untuk membina satu saluran paip yang boleh mengalirkan air dari gunung terus ke tangki air di desa itu. Dengan ini, dia tidak perlu lagi mengangkut baldi untuk memenuhkan tangki air itu.

Rapili berasa sangat yakin dengan ideanya itu. Dia pun mula menceritakan ideanya itu kepada Baldi dan mengajaknya bekerjasama. Tetapi Baldi tidak bersetuju dan mula mengetawakan Rapili dengan ideanya itu. Baldi merasakan bahawa caranya adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan hasil yang lumayan. Maka Baldi pun terus dengan caranya mengangkut air dengan baldi yang lebih besar dengan masa yang lebih panjang. Dia begitu optimis dengan cara kerjanya ini.

Lain pula halnya dengan Rapili. Dia memutuskan untuk membangunkan ideanya sendirian. Dia sedar bahawa bukan satu tugas yang mudah untuk membina saluran paip itu dan ini memerlukan masa yang lama untuk menikmati hasilnya nanti. Namun dia telah bertekad untuk menghasilkannya. Dia tetap bekerja mengangkut air seperti biasa. Tetapi jika ada waktu lapang dan di hujung minggu dia bekerja pula membinasaluran paip. Namun hasilnya hampir tidak kelihatan pada bulan pertama.

Penduduk desa mula mengetawakan dan mencemuh Rapili yang disifatkan sebagai “Rapili si manusia saluran paip”. Ketika Rapili sibuk berusaha membina paipnya, Baldi mula mengecapi hasil dari pekerjaannya itu. Pendapatannya semakin bertambah dan dia mampu membeli rumah baru yang besar dan binatang ternakan. Dia benar-benar menikmati hidupnya yang semakin senang. Namun tanpa disedarinya, badannya mula membongkok kerana setiap hari terpaksa mengangkat baldi yang besar itu. Raut wajahnya juga tergambar keletihan.

Semakin hari semakin sedikit air yang mampu diangkutnya. Bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Rapili akhirnya Berjaya menyiapkan saluran paipnya. Kini tanpa perlu bersusah payah mengangkut baldi, Rapili mendapat lebih banyak wang hasil daripada pengaliran air dari gunung terus ke tangki airnya. Air mengalir tanpa henti tidak kira siang atau malam, waktu tidur, makan atau ketika sedang bersantai bersama keluarganya. Rapili berasa bangga dan puas dengan hasil yang diperolehinya berkat dari kesabaran dan usahanya selama ini.

Cerita tersebut menggambarkan keadaan kehidupan kita. Pekerjaan yang dilakukan oleh Rapili dan Baldi melambangkan apa yang dilakukan oleh kita untuk mendapat upah atau gaji. Baldi dengan caranya mengangkut air ke tangki menggunakan baldi. Dia mesti mengisi baldinya dengan air dan membawanya ke tangki air di desa untuk ditukarkan dengan wang. Untuk meningkatkan hasilnya, dia perlu lebih rajin pergi ke gunung dan juga membesarkan baldinya untuk mengangkut lebih banyak air.

Dalam realiti kehidupan adalah normal kita harus bekerja keras untuk melipat gandakan pendapatan. Misalnya dengan bekerja lebih masa atau dengan membuat pekerjaan tambahan. Namun sekiranya kita bijak berfikir dan berusaha mengikut sistem, segalanya akan menjadi mudah. Seperti Rapili, beliau berdisiplin dan mahu bekerja mengikut sistem. Akhirnya dia berjaya mencapai impian hidupnya.

Demikian kisah Rapili dan Baldi.

Ini adalah kisah mengenai 2 orang manusia yang mempunyai impian dan matlamat yang sama tetapi mempunyai cara kerja yang berbeza. Begitu juga dalam kehidupan seharian kita. Semua orang mempunyai matlamat hidup. Semua orang berusaha keras untuk mencapai matlamat itu. Persoalannya adalah, bagaimana anda berusaha untuk mencapai matlamat itu?

JIKALAU ANDA INGIN MENERUSKAN MENERUSKAN PEKERJAAN ANDA SERTA MELAKUKAN PEKERJAAN TAMBAHAN YANG BERSISTEMATIK SEPERTI RAPILI ANDA BOLEH MENGHUBUNGI SAYA 013-9442606 DAN SAYA AKAN KONGSIKAN PERKARA INI KEPADA ANDA.

SAYA TINGGALKAN ANDA DENGAN BEBERAPA PERSOALAN…

Encik berpendapatan RM3500 sebulan di syarikat encik bekerja. Sekiranya berlaku sesuatu kepada encik, mampukah encik wariskan pekerjaan ataupun pendapatan encik kepada isteri atau anak-anak? Jikalau sekarang encik sedang berhutang dan berlaku sesuatu kepada encik siapakah yang akan menanggung hutang tersebut? adakah encik mempunyai impian? dengan pekerjaan sekarang bolehkah impian tersebut boleh direalisasikan? Jikalau ya tak mengapa dan teruskan, jikalau tidak mengapa encik masih meneruskannya lagi? jikalau bukan hari ini,bila lagi?jikalau bukan anda siapa lagi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...