Jumaat, 18 Januari 2013

SEBUAH CORETAN DI MALAM HARI..




Menyulam Cinta Menuju Ke Gerbang Perkahwinan...part 1

Alhamdulillah berkesempatan walaupun hanya sedetik yang mampu dukutip mutiara hikmah tetapi memberi seribu inspirasi buat di kemudian hari..

Hari ini telah selamat sampai daripada kampung halaman ke taman-taman syurga yang diatas beberapa faktor yang perlu disiapkan, dengan berkenderaan yang membawa seribu pengalaman CBX3965 modenas kriss yang kutempuhi penuh ranjau berduri selama hampir 10jam akhirnya smpai sekitar 4.32 petang dari 7 pagi.

Pengalaman hari sepanjang perjalanan yang ditempuhi yang paling ku ingati adalah hujan sepanjang perjalanan yang akhirnya terpaksa memakan masa yang begitu lama untuk ditunggu redanya hujan. 

Pengajaran disini walaubagaimanapun rintangan dan ranjau kehidupan semestinya bermatlamat dan bertujuan dan akhirnya bersabar dalam ranjau kehidupan yang akhirnya menjadi penentu kepada kejayaan mahupun kegagalan seseorang. Pengalaman ini juga sama pada ketika kami bersama menyertai program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri kelantan sebelum kami melanjutkan pengajian ke IPTA sekitar 2010 ya’ni ekpedisi mendaki gunung stong jeli kelantan.

Tidak kulupa juga sementara menunggu hujan reda, aku menyempatkan diri untuk berdoa kepada insan-insan yang kusayangi bak orang kata “semasa hujan, pintu langit terbuka, doa senang makbul”, mohon insan-insan yang kusanyangi bermuala umi dan abah yang sentiasa ku panjatkan setiap kali ku berdoa kehadrat ilahi sehinggalah seluruh muslimin dan muslimat. Antara yang terpenting dalam doaku kepada ilahi kepada si dia sentiasa dalam rahmat allah, permudahkan urusan diantara kami amin. Masih lagi berpegang denga hadis nabi “doa adalah senjata mukmin” yang sentiasa menjadi pedoman dan tunjuk arah sebelum menyerahkan kepada yang maha esa.

Sedang asyik menoleh ke kiri dan ke kanan, melihat ombak yang begitu besar dan ketika itupun hari yang mendung, hujan yang tidak menentu sepanjang perbatasan pantai yang memungkin apa sahaja yang akan berlaku akibat ombak yang besar. Mungkinkah ini yang cebisan ujian allah yang menunjukkan kekuasaannya.

Moga ini sahaja yang mampu dikongsi untuk pagi ini...wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...