Jumaat, 25 Januari 2013

Ya allah ampunkan daku....

Deceritakan semasa zaman Nabi Musa Alaihissalam...

seorang hamba telah membunuh 99 orang, dan akhir sekali jiwanya mula merasa sesal. akhirnya sebagai jalan penyelasaian hamba tersebut berjumpa dengan seorang alim dan bertanya bagaimana untuk bertaubat "wahai orang alim, aku telah membunuh 99 orang dan aku mula merasa sesal dan aku ingin bertaubat, bagaimana aku ingin bertaubat?" jawab orang alim tersebut "engkau tidak akan diterima taubatmu oleh allah kerana dosa engkau yang begitu besar", akhirnya hamba tersebut membunuh orang alim tersebut. maka cukuplah 100 orang orang yang dibunuh.

dijumpa orang alim yang kedua akan mengadu perihal yang dilakukan, maka dijawab oleh orang alim tersebut "allah itu maha taubat, bertaubatlah kamu kepada allah, nescaya allah akan mengampuni engkau, akan tetapi engkau mesti bermusafir meninggalkan tempat ini dan pergi kepada tempat yang lebih baik"

akhirnya hamba tersebut mengambil keputusan untuk bermusafir, dengan takdir allah hamba tersebut mati di pertengahan jalan,

akhirnya para malaikat bergaduh untuk membawa roh hamba tersebut ke syurga ataupun ke neraka, dan akhirnya diperhitung akan kedudukan jarak musafir tersebut, dengan takdir allah dan pertolongan dari bumi, allah melebarkan lagi jarak bumi tersebut kearah tempat yang ditujuinya, maka akhirnya roh hamba tersebut dibawa ke syurga.. 

sayyidul istigfar

antara hikmat doa dan taubat sangat dasyat untuk diungkap, "doa senjata mukmin dan tiang agama, cahaya dari langit"(HR AT-TARMIZI) berdoalah kamu semua, semoga dimakbul akan segala hajat kamu.. sebaik-baik doa adalah kamu menyucikan hati dari segala dosa dan maksiat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...