Jumaat, 19 November 2010

Berlapang dadalah kamu terhadap orang lain…


Diceritakan bahawa ada seorng lelaki yang tidak pernah berbuat baik, tatapi dia hanya suka member hutang kepada orang lain, apabila si lelaki itu menyuruh hamba tersebut pergu mengutip hutang dia selalu berpesan kepada hamba tersebut “ambilah berapa yang disimpan, jangan menyusahkan orang lain dan sentiasa memaafkan orang lain,mudah-mudahan allah mengampuni kita…

Pada suatu hari si lelaki tersebut meninggal dunia, apabila dia disoal oleh allah, dengan jujurnya dia menjawab “aku tidak pernah membuat sebarang kebaikan kecuali, setiap kali aku menyuruh pembantuku pergi mengutip hutang aku berpesan supaya mengambil berapa yang disimpan, jangan menyusahkan orang lain dan sentiasa memaafkan orang lain,mudah-mudahan allah mengampuni kita”, maka allah menjawab “cukuplah.aku telah mengampuni mu”. (dipetik dari 101 kisah & pengajaran quran, hadis & hayatus sahabah, ust zahazan mohamed)

Pengajaran : pada hari ini adakan kita berlapang dada dengan orang disekekiling kita, bercakap dengan perkataan dan bahasa yang baik dan yang paling penting adalah bersangka baik terhadap orang lain. Sebagai contoh apabila memandu kita sering kali mendengar sumpah atau celaan apabila pemandu lain membuat kesalahan yang menyebabkan kita tidak selesa dengan tindakkannya..maka dari kisah ini sama-sama kita bermuhasabah dri yang lemah dan mengambil ibrah dari cerita ini… اللهم الجعلني في قلبي نور..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...