Khamis, 25 November 2010

Malu itu pakaianya…




Suatu ketika, sedang kami berjalan di Bandar kuala terangganu, kami terlihat seorang muslimah, allah bagi kelebihan dari segi rupa yang cantik Alhamdulillah! (semua muslimah itu cantik) Kami memuji akan kecantikkan rupa parasnya, tetapi ada satu kesilapan yang mungkin muslimah tersebut tidak menyedari atau tidak tahu apa yang sebetulnya ia lakukan.

Pada ketika itu kami teringat stau sesi kuliah di universiti kami subjek Ilmu Wahyu dan Kemasyrakatan (IWK) bertajuk pakaian dalam islam, pensyarah kami memberikan definisi tentang pakaian dalam islam yang cukup mudah bagi kami untuk memahami tanpa perlu bertanya, katanya (ustaz Tarmizi Taha) “kalu nak berpakaian bagi lelaki atau perempuan syaratnya cukup mudah, 

1.menutup aurat.

2.tidak menampakkan bentuk badan.

3.tidak menimbulkan fitnah.

4.tidak menyamai dengan pakaian rasmi agama selain islam (budaya tidak termasuk) tidak menyerupai pakaian khusus jantina lain.

5.idak menyamai pakaian rasmi penjahat.

6.pakaian yang dibuat daripada bahan yang bersih dan halal”.

Bagiku seorang perempuan adalah mulia, jikalu tiada perempuan apalah gunanya lelaki, saling melengkapi diantara satu sama lain, yang paling berharga bagiku adalah “syurga di telapak kaki ibu”, jikalau tiada umi, anak lelaki tiada tempat untuk mengadu, bercerita, meluahkan perasaan, semuanya umi, balik-balik mesti umi. Memang harga seorang muslimah itu terlalu mahal, sehingga diibaratkan seperti “permata yang berada didalam balang kaca, hanya orang yang mampu sahaja boleh memiliki” itulah berharganya seorang perempuan. Sebab itu islam terlalu menjaga seorang mulimah yang terlau mahal dengan pakaiannya, akhlaknya, dan sebagainya. Betullah satu ibarat “wanita itu perhiasan dunia, sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”. Begitulah apa yang kami belajar dalam IWK bertajuk wanita dalam islam.

Tetapi adakah sudah cukup dengan berpakaian telah menampakkan ciri-ciri seorang muslim samaada lelaki mahupun perempuan, islam itu lengkap dan cantik. Islam merangkumi ibadah, akhlak dan akidah dan semua itu sudah mencukupi untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Malu itu pakaian setiap muslim, jika tiada malu maka manusia akan berbuat apa yang dia suka.

#BIAH SOLEH DAN SOLEHAH KEHIDUPAN SEMUA#
(^-^)

Insan yang lemah
Ibnumuborak990.blogspot.com

2 ulasan:

  1. assalamualaikum.. mintax share ye..?

    BalasPadam
  2. wassalam.. untuk kebaikan bersama sila ambil.. ini satu perkongsian ilmu sahaja..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...