Khamis, 26 Julai 2012

RABUN JAUH,RABUN DEKAT….




            Tajuk itulah yang didengari di radio ikim.fm apabila pulang daripada pejabat tempat praktikal semasa memandu kereta oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Terfikir dalam rialiti orang yang rabun jauh adalah kabur pada pandangan yang jauh, maksudnya tidak dapat melihat sesuatu objek pada karak yang jauh. Tetapi bagi mereka yang rabun dekat, kabur pandangan yang dekat, bermaksud tidak dapat melihat sesuatu objek pada jarak dekat. Kita biasa melihat orang yang rabun apabila membaca lebih-lebih lagi golongan warga emas masyallah itulah hakikat bagi orang yang ditarik nikmatnya oleh allah taala nikmat penglihatan.
            Akan tetapi bukan ini yang ingin dibicarakan, tetapi makna maknawi itu yang ingin diperjelaskan.
Apa dia? Yaitu dikatakan oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi adalah “lafaz majazi” didalam ilmu sastera bahasa arab ‘balaghah’ (kalau silap mohon ditegur) sebagai sibolik bagi corak kehidupan sebagai hamba allah.
Akan tetapi bagai mana orang yang berjaya? Yaitu orang yang celik mata hati.
Mana mata hati? Kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi ada dalam diri,
dimana? Dalam hati.
Doctor tidak pernah jumpa pun! Tidak siapa pun yang tahu (yang ni tambah sendiri).
            Orang yang berjaya adalah orang yang celia mata hati yang, dapat melihat yang jauh mahupun dekat, tidak terkena penyakit rabun jauh ataupun dekat. Inilah nikmat allah yang sewajibnya disyukuri oleh setiap hamba allah yang inginkan kejayaan didunia mahupun di akhirat. “WAHAI YANG MEMBOLAK BALIKKAN HATI, TETAPKAN HATI KAMI DIATAS AGAMAMU, DIATAS KETAATAN KEPADA MU, DIATAS JALANMU”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...