Sabtu, 21 Julai 2012

ALAHAI HATI….


Hati adala salah satu daripada elemen tubuh badan yang penting, tempat membuang darah yang kotor dan sebagainya, maaf jikalau tersilap memperkatakan mengenai hati. Tapi yang ni ke kita akan bicarakan? Yang pertama nabi pernah bersabda mafhumnya “didalam tubuh badan ada seketul darah jika baik darah tersebut maka baiklah seluruh badan kamu, jika buruk darah tersebut maka buruklah darah tersebut, itulah yang dinamakan ‘qalbu’”.
            qalbu ini terlalu subjektif untuk diperkatakan, ia bukan soal tubuh badan tetapi soal yang lebih tersirat di dalamnya. “Al-Hub” atau kasih sayang allah taala anugrahkan kepada setiap hamba yang betul-betul dipilh allah. Kasih saying afalah anugerah daripada allah yang patut disyukuri dan dihargai, apabila hilang maka kerosakan akan berlaku.
            “cinta” anugerah allah yang berharga kepada setiap manusia, cinta kepadan allah dan rasul, cinta kepada suami isteri, ibu bapa, keluarga, alam atau haiwan dan sebagainya. Ramai orang yang terus menyalahkan dan menyalahi perasaan cinta itu, akan tetapi bagaimana mendapatkan cinta yang halal, melalui cara yang halal, kesan dan akibat yang baik, allah pun suka. Apabila cinta, timbul sayang datang pula kasih, tetapi adakah ia akan berkekalan.
            Bagi setiap yang mempunyai pasangan secara halal atau menuju ke alam perkahwinan, nilailah sebaik mungkin perassan ini, bagilah komitmen, kejujuran dalam “Al-hub” itu supaya tidak timbul. “Janganlah menggadaikan masa yang lama sehingga memusnahkan masa yang sedikit” akibat daripada kesalahan yang kecil, bersederhanalah dalam setiap perkara supaya kesanya akan tinggal lama, kalau lebih-lebih cepat “habis gas”.
            Nilailah sesuatu perkara sebaik mungkin dengan akan yang waras, buta pertimbangan dengan ilmu, bicarakan dengan lemah lembut sehingga ia akan selesai dengan cara yang paling baik.
           
Buatmu teman..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...