Khamis, 26 Julai 2012

SATU PERJALANAN YANG CUKUP BERMAKNA…




                Sudah lebih sebulan saya menjalani latihan ilmiah di Pejabat Agama Islam Daerah Maran, berbagai-bagai pengalaman yang tidaka dapat diperolehi di tempat lain, ini memberikan makna yang cukup besar bagiku sehingg hari ini. Daripada kerja dalam urusan pejabat sehingga kerja luar pejabat, itulah yang dilalui oleh penjawat awam yang berkerja secara khusus dalam menjaga kebajikan umat islam. Jasa mereka patut dihargai.
                Tetapi ada perkara yang lagi penting untuk dikongsi bersama, pukul 4 petang saya bersama umi bertolak ke kuantan untuk menjaga spupu baruku yang baru 2 hari dilahirkan akan tetapi ada masaalah yang terpaksa si ibu dan anaknya ditahan wad untuk beberapa ketika. Pada pukul 9.30 malam saya terpaksa pulang kerana pada esoknya akan meneruskan latihan ilmiah yang dijangka habis 2 bulan lagi, kalau tak nati rekod tak baik lau asyik ponteng.
                Tanya dari satu kaunter ke kauter tiket ke Maran sume tidaka ada, akhir sekali seorang memanggil saya basnya boleh menumpangkan sehingga simpang ke Maran kerana bas yang akan saya naiki adalah bas ke Kuala Lumpur. Itupun sudah cukup baik bagiku.

KAWAN BARU
                Tunggu sehingga semua penumpang naik maka saya pun naik dan mengambil tempat yang dihadapan sekali. Ketika itu terjumpa seorang sahabat daripada kuala Terengganu yang terpaksa bergegas balik ke kuala lumpur atas urusan pengajiannya dan keluarganya. Bermula dengan taaruf sehingga borak mengenai perniagaan, entah apa yang aku katakana padanya,semua yang ada dikepalaku habis ku kongsikan, mugkin ini umi selalu pesan supaya banyak membaca sebab saya suka bercakap. Berkongsi cerita daripada hal keluarga sehingga pasal tebu, pisang, kambing, lembu, ayam, bantuan kerajaan untuk pernigaan, macam-macam lagi dengan hanya masa sejam yang cukup-cukup makan. Tiba-tiba sahabat tersebut minta no telefon bimbit, katanya senang nak dihubungi. Dan akhirnya kami berpisah disini kerana destinasiku telah tiba.
                Jauhnya perjalanku pada mala mini, darpada simpang maran menuju ke tol maran 1 kilometer, nak ke Bandar maran ada dalam 5 kilometer, berapa jam malam ni saya nak jalan…redah jela!, jalan-jalan 1 kereta lalu malunya nak tahan, jalan lagi ada kereta dating cuba angkat tangan tapi kereta tersebut tak berhenti, tak ada rezki lagi jalan lagi kereta lain pula yang datang, tahan x berhenti juga akhirnya sampai di tol maran. Masih lagi meneruskan perjalanan. Sedang asyik meneruskan perjalanan macam-maca yang saya fikirkan, nak bekerja la, pukul berapa nak sampai rumah malam ni, nak bersahur apa, macam-macam. Tiba-tiba saya terfikir adakah ini susah orang dahulu yang tiada kemudahan seperti hari ini,  pergi mana sahaja mesti berjalan kaki.
MOTOR LAGENDA BIRU
                Asyik berjalan akhirnya ku dengar bunyi motor yang pertama, tiba-tiba bunyinya semakin perlahan menendakan ia akan berhenti.
“adik nak pergi mana” aku berpaling menyambut kata-katanya
“ nak pergi Bandar maran bang, boleh tumpangkan saya?”
“boleh dik tapi sampai simpang kat sana jela, takut ada polis abang sampai situ jela”
“ok la” akhirnya aku naik.
Sempat juga atas motor kami berborak dan akhirnya aku bertanya,
“nak kemana bang?”
“abang nak ke bera, dari kemaman, lepas berbuka tadi tolak”
Aku berfikir sejenak, dari maran ke bera dah makan masa 2 jam lebih, ke kemaman pula 2 jam kalau jalan ok, inilah pengobanan seorang ayah yang ingin menanggung keluarganya dengan hanya membawa motor lagenda warna biru.
                Sampai je di rumah aku membersihkan diri dan membuat solat hajat moga allah memberikan keselamatan kepada abang tersebut dan dimurahkan rezeki yang halal baginya. Moga kami dapat bertemu pada hari yang allah akan tetapkan suatu masa kami sendiri tidak tahu akan tarikhnya.
                Masihkan ada yang belas kasihan…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...