Ahad, 15 Julai 2012

SURAU PERSENDIRIAN ATAU MASJID KERAJAAN??


Masjid adalah merujuk kepada tempat ibadat bagi penganut agama islam. Jika dilihat dari zaman rasulullah saw masjid bukan sahaja tempat ibadat malah menjadi tempat pelbagai aktiviti kehidupan manusia seharian, tempat pertemuan social, pentadbiran, diadakan majlis keraian atau sesuatu peristiwa, mahkamah atau tempat perbincangan dan sebagainya. Berbalik kepada sirah Nabi Muhammad saw perana masjid begitu tinggi kepada umat islam dan peranan masjid itu diteruskan selepas kewafatan baginda saw yaitu Khulafa Ar-Rasyidin, Bani Umayyah, Bani Abasiah dan system khilafah islam yang terakhir yaitu Kerajaan Turki Uthmaniah.

Rentetan daripada kejatuhan system khilah islam maka gerakan islam seperti ikhwanul muslimun juga megambil inisiatif mengambil berat keatas solat berjemaah di masjid. Sehingga hari ini pun sebuah gerakan islam terbesar di Malaysia mengambil berat keatsa insitusi masjid yang hanya bukan menjadikannya sebagai tempat ibadat semata-mata tetapi menjadikan sebuah insitusi pelbagai aspek kehidupan. Kepentingannya adalah disebut dalam sebuah hadis pemuda yang hatinya terikat dengan masjid akan dinaungi pada hari kiamat kelak.

Dari fakta sejarah tersebut dapatlah disimpulkan bahawa masjid di masa awal Islam telah menjadi sebagai:
1. Tempat ibadat, terutama sembahyang berjemaah.
2. Tempat pembentukan peribadi umat Islam atau dalam erti kata lain masjid adalah pusat pendidikan Islam.
3. Pusat perkembangan ilmu pengetahuan kerana masjid tempat ilmu pengetahuan disampaikan baik dalam bidang akidah, syariat dan akhlak.
4. Tempat wahyu diturunkan dan sebagai tempat wahyu disampaikan kepada sahabat.
5. Pusat kegiatan kesusasteraan dan persuratan Islam. Ada sahabat yang menyampaikan syairnya dalam masjid.
6. Pusat kegiatan sosial dan kehakiman dalam perkara yang berkaitan dengan nikah kahwin dan penyelesaian masalah umat Islam.
7. Tempat letaknya Baitulmal negara.
8. Tempat persinggahan musafir dan tempat menyambut tetamu.
9. Lambang persaudaraan dan perpaduan umat Islam kerana setiap hari lima kali umat Islam bertemu dengan tujuan yang sama tanpa mengira kedudukan dan keturunan.
10. Tempat membuat perisytiharan kepada umat termasuk perisytiharan pelantikan khalifah (Abu Shuhbah, al-Sirat Nabawiyyat Fi al- Qur'an Wa al-Sunnat jld: 2 hlm: 31). (dipetik daripada http://www.iluvislam.com/fotografi/fotojournal/1835-kepelbagaian-peranan-masjid.html)

Tetapi adakah di peranan masjid di tanah air yang tercinta ini memainkan peranan yang sewajarnya keatas penganut islam? Sama-sama kita menilai adakah sehingga kini masjid yang tersenggam indah dan cantik rupawan mampu memberi “impak maksima” keatas penganutnya. Apa yang difahami islam bukan agama ritual semata-mata tetapi satu agama yang diberi jolokan “way of life” yang bermula daripada bangun tidur pada waktu pagi sehingga tidur waktu malam.

Akan tetapi adakah masjid di Negara kita mengalami nasib yang sama? Sama-sama menilai….

Tanggungjawab sebagai seorang muslim adalah memakmurkan rumah allah, akan tetapi timbul pula persoalan surau persendirian begitu makmur dengan diadakan pelbagai aktiviti dari sudut ilmu sehingga majlis keraian atau kemasyarakatan, akan tetapi masjid tidak begitu meriah, apabila dilihat dari sudut tabung kewangan ada jumlah kewangan tabung surau melebihi tabung masjid, bagai mana ini boleh terjadi sedangkan masjid disediakan pelbagai kemudahan kewangan hanya yang tinggal mengimarahkan sahaja.

Dan akhirnya peranan masjid kerajaan atau surau persendirian sewajarnya dimainkan oleh semua pihak dengan niat mengimarahkan bukan untuk dijadikan persaingan dan bukannya menunding jari kepada pihak lain dengan menyalahkan mereka dengan pelbagai alasan sehingga tidak membawa kepada umat islam selurunya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...